Thursday, 31 December 2015

Kebenaran Tentang Snek Sebelum Tidur Dan Berat Badan

with 0 Comment
Korang tengah diet nak kurangkan berat badan ? Tapiii....satu benda yang memang tak boleh nak elak tengok tv sambil makan snek...tak kira la pop corn ka, kacang ka yang pasti masa tengok tv tu mulut mesti nak mengunyah betui tak ???



Jaga-jaga,mungkin ramai antara kita anggap yang makan snek tengah malam macam tu tak memberi kesan apa-apa pada badan kita.

Kebenarannya, makanan seperti itu lah yang menyumbang ke arah naiknya berat badan kita.!..kita tak sedar berapa banyak kalori yang diambil masa tu.

Lebih malang lagi, kalau tabiat memakan snek ni memberi kesan melambatkan proses penurunan berat badan kita, jadi adalah penting untuk kita tahu dan sedar akan kesan tabiat makan snek lewat malam.

Cuba kita tengok apa kesan tabiat ini terhadap progress menurunkan berat badan kita.

#1: Jumlah Penggunaan Kalori

Perkara pertama yang kita perlu ambil kira bila makan snek adalah jumlah kalori yang kita sedang makan.

 Ingat! Bahawa kemajuan penurunan berat badan kita pada dasarnya akan menurun bergantung kepada berapa banyak kalori yang kita makan setiap hari.

Mengambil kalori lebih banyak daripada apa yang kita perlu akan menambahkan berat badan. Jika mengambil kurang kalori kita akan kehilangan berat badan , mudah jer. 😉

Jadi, kalau kita boleh mengintegrasikan pengambilan snek ke dalam jumlah pengambilan kalori harian penurunan berat badan kita, memakan snek sebelum tidur bukan lagi satu masalah!

Walaupun begitu kebanyakan orang tidak mengambil kira kalori ini dan itulah sebabnya berat badan mereka bertambah.

#2: Jenis-jenis makanan yang diambil

Pemilihan jenis makanan yang kita ambil juga adalah penting. Biasanya untuk snek sebelum tidur kita tidak memilih makanan berat yang bersandar protein dan sayur-sayuran. Sebaliknya,kita makan snek berbentuk karbohidrat yang mudah atau makanan ringan yang tinggi lemak.

Siapa tak suka makan jajan kan...keropok, potato chips sangat sedap memang tak boleh nak berhenti kalau dah mula makan...tapi tanpa sedar kita dah makan 1000 kalori lebih dari budget kalori pemakanan harian kita.

Untuk mencegah berlakunya pertambahan berat badan yang tak diundang berlaku, pilihlah snek secara bijak.


#3: Kelaparan Versus Snek Psikologi

Akhir sekali, kita juga perlu pastikan sama ada kita makan snek semata-mata sebab kelaparan atau terdapat isu psikologi.

Memakan mengikut emosi atau nafsu merupakan sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian.

Ini kerana kita akan memakan bukan atas sebab badan kita memerlukannya tapi atas sebab lain. Melainkan jika kita boleh mencari jalan untuk menghentikan craving untuk terus makan, pertambahan berat badan adalah kemungkinan besar yang akan berlaku.

\

Sebaliknya, jika kita betul-betul rasa sangat lapar sebelum tidur dan mengambil makanan ringan, maka tubuh kita mungkin memerlukannya. Jadinya, ianya tidak akan memberi kesan kepada berat badan.

Tak perlu tidur dalam kelaparan, tetapi pada masa yang sama, kita mesti betul-betul tahu untuk membezakan kelaparan psikologi dengan kelaparan fisiologi.

Dan bila kita boleh buat macamtu, kita akan mengalami kadar penurunan berat badan yang lebih baik.

Jadi, moralnya kalau nak makan snek lewat malam, pastikan makan snek selain daripada karbohidrat yang mudah  atau makanan ringan yang tinggi lemak.Penting sekali pastikan kita merancang kalori ke dalam jumlah pengambilan kalori harian !.

Percayalah kalau kita melakukan kedua-dua perkara ni, memakan snek sebelum tidur bukan lagi masalah besar untuk mendapat berat ideal idaman kita. Ditambah dengan pengambilan makanan tambahan untuk mempercepatkan pembakaran lemak ianya pasti menjadi proses mengurangkan berat badan yang paling mudah untuk dilaksanakan.


 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar


Wednesday, 30 December 2015

Amalan Doa Mudah Hamil dan Dapat Anak

with 0 Comment



Janganlah bersedih...jika di beri ujian masih tidak lagi memiliki zuriat sendiri. tahukah kita yang para anbia juga diberi ujian yang sama? Antaranya Nabi Zakaria.


Nabi Zakaria masih tidak mempunyai anak, biar pun telah berusia 100 tahun kerana isterinya mandul. Namun, beliau tetap berhajat untuk memiliki zuriatnya sendiri lalu memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: 


Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”

Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.


 Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah:“Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”


Allah berfirman kepadanya:“Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”


Kemudian Nabi Zakaria berkata:“Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.”

Allah berfirman:“Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”


Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.

Firman Allah bermaksud: 

“Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh."

Ini adalah Doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria. a.s.

doa dapat zuriat

Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (petikan dari buku101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran - Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed).


doa mudah hamil

Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri (tidak mempunyai keturunan) yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Sebaiknya amalan ini dilakukan bersama-sama suami isteri secara berjemaah. Jangan pernah berhenti berharap pada Allah.



 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

Sunday, 27 December 2015

Set Kesuburan Shaklee untuk Cepat Hamil

with 0 Comment


Sudah lapan tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki. Penantian untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya terjawab bila nora disahkan hamil 2 bulan.

 Tapi, berita gembira ini hanyalah sementara bila kandungan nora mengalami keguguran diusia kandungan memasuki 4 bulan. 


Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).
Tidak subur biasanya ditujukan kepada wanita. Betulkah? 

Jawapannya adalah Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita.

Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.


Kesimpulannya ketidaksuburan bukan sahaja digalas dibahu wanita sahaja, tetapi juga melibatkan lelaki walaupun tidak dinafikan lelaki susah untuk mengakuinya.

Selain itu pasangan suami isteri digalakkan mengamal gaya hidup sihat dan tips yang boleh membantu proses kehamilan. Jom baca tips cepat hamil di bawah ini.



Terdapat 6 tips cepat hamil telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:


#1. Rancanglah Waktu Hubungan Anda

Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.


Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem kalender

- suhu tubuh badan /Body Temperature

- Pengeluaran cecair lendir serviks

- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)


#2. Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

#3. Pengambilan Vitamin

Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-dua harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-



Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.

Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.



Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. 

Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..



Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan set untuk preggy moms yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C dan juga kalsium). 

#4. Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan


Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. 

Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma..


#5. Kawal Berat Badan Anda



Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. 

Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil.

Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda.

Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Mini Budget Slimming Set yang saya sediakan..



Dan….sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama…Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. 

Mungkin anda boleh mengambil Mealshake, b complex dan vitalea untuk mendapatkan berat yang ideal. 

#6. Amalan berdoa kepada Allah

Last but not least, perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. 

Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu dan memohon pertolongan.

Antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah doa  nabi zakaria memohon dikurniakan zuriat


 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

Tuesday, 15 December 2015

Set Kesuburan Shaklee Membuka Peluang Hamil Setelah Berumur.

with 0 Comment
Ramai orang kata bila usia dah sampai 35 peluang untuk hamil semakin tipis... tapi dalam hati ni teringin lagi nak ada baby.

Bau baby sangat menenangkan biarpun kadang kala tak tidur malam dibuatnya...hehehe. Nak pulak saya ni belum lagi ada baby boy lagilah teringin untuk hamil. Mana tahu kalau-kalau Allah nak bagi anak lelaki pulak kali ini kan :)

Maka saya pun ajukanlah soalan pada doktor pakar Obstetrik & Ginekologi tentang nak hamil pada usia yang dah berumur ni.

Mengikut katanya, sekiranya kita dan pasangan bebas daripada apa-apa masalah, terutamanya masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi maka bolehlah proceed untuk merancang kehamilan seterusnya.

Berdasarkan nasihatnya , beberapa perkara perlu dibuat untuk meluaskan peluang kehamilan.

#1. Mengambil supplement
     Bagi kita orang perempuan mesti mengambil pil kesuburan dan folic asid 5mg setiap hari
     sehinggalah hamil di mana usia kehamilan adalah 3 bulan.




#2. Mencatat hari-hari kitaran haid di atas kalender.
      Hari 1 adalah hari pertama turun darah haid. Hari 2 ialah hari kedua turunnya haid dan
      seterusnya...jangan salah kira yea sebab ramai antara kita beranggapan yang hari pertama kitaran
      haid bila berhentinya darah haid betul tak?

Pada hari ke 10, kita bolehlah memulakan pemeriksaan kesuburan menggunakan ovulation kit ( bukan UPT- urine pregnancy kit yea)


Penggunaan ovulation kit bertujuan untuk mengenal pasti hari subur kita ( si isteri). Caranya ialah dengan memeriksa air kencing pada hari ke 10, ke 11, ke 12, ke 13, ke 14 dan ke 15.

Setiap pemeriksaan perlulah dilakukan pada jam 2 petang. Kenapa jam 2? (Yang ni lupa pulak nak tanya... ;) )

Kalau ujian air kencing tu menunjukkan positif, hubungan seksual hendaklah dilakukan dengan suami 36 jam kemudiannya.

Tapi, kalau  sudah mencuba selama tiga hingga enam bulan masih belum hamil lagi maka bolehlah mendapatkan rawatan lanjutan daripada doktor pakar pula.

Selain itu, kita harus berdoa kepada tuhan kerana rezeki untuk hamil ini terletak padaNya. Kita hanya boleh berusaha sedaya kita.

Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin hamil biarpun muda atau berumur.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar



Sunday, 13 December 2015

5 Tips Mendapat Tidur Lena Sewaktu Hamil

with 0 Comment


"Kenapa dengan hang ni, asyik terkuap-kuap ja aku tengok" tegur sahabat baik ku.

"Aku tak boleh nak tidoq la akhir-akhir ni... perut aku ni rasa tak selesa kalau tidoq telentang rasa sesak nafas , kalih kanan rasa berat macam mana ntah" ulas aku

"Ya la, perut hang tu dah besaq, biasala kalau orang perempuan mengandung memang rasa macam tu" balas sahabatku pulak.

Banyak sungguh dugaan wanita hamil ni. Korang pernah alami tak masalah tidur seperti yang saya alami kat atas?

Perut semakin membesar, berat dan tak boleh tidoq lenaaa!!! huhuhu.

Pusing kanan tak kena, pusing kiri juga tak selesa lebih teruk kalau jadi tarik mengkarung....kan tak tau apa tarik mengkarung? hahaha orang kampung saya kata cramp.

Sini saya nak kongsikan tips yang sahabat karib saya bagi... dia ni  pengamal tegar petua orang tua-tua. :)

Semoga dapat membantu ibu-ibu hamil dapatkan tidur yang lebih lena.


5 Tips untuk dapatkan tidur yang lena

# 1. Jika kaki kejang, tekan kaki pada dinding. Selain itu, pastikan kita mendapat cukup kalsium agar masalah kekejangan dapat dikurangkan.
# 2.  Posisi terbaik untuk tidur adalah mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung kita bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.


# 3.  Sekiranya mengalami sakit belakang, letakkan lebih bantal semasa berbaring. Letakkan satu bantal di bawah perut, celah kedua-dua kaki, bahagian bawah belakang dan satu lagi di bahagian kepala.


# 4.  Kurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur dapat mengelakkan kita kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.

# 5. Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.

Semoga sedikit tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu hamil yang lain menikmati tidur yang lena.

Jika rakan-rakan bloger ada tips yang lain jom kongsikan sekali di sini yea boleh kita mendapat manfaat bersama.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar






Saturday, 12 December 2015

Apa itu Kalsium OsteMatrix Shaklee

with 0 Comment



Amboi Kak Chah, banyak kuih jual hari ni penuh satu meja ni...kata aku pada penjual kuih tempat yang selalu aku beli sarapan pagi-pagi.

Eh, mana ada sikit jer ni... tumit kaki akak ni selalu sangat sakit sejak akhir-akhir ni, kalau idak dua meja penuh kuih... balas kak Chah dalam nada bergurau sambil memberitahu masalah kesihatannya.

Akak makanlah OsteMatrix insyaallah kurang sakit tumit tu.. jawap aku sambil memilih kuih untuk sarapan pagi ini.

OsteMatrix ? Nama macam matematik jer... apa ke benda pulak OsteMatrix ni. Pelik-pelik sungguh la nama.. 

Hehehe... haa mesti korang pun macam kak Chah kan tertanya-tanya apa benda OsteMatrix ni.

OsteMatrix ini sebenarnya merupakan supplement Shaklee yang mengandungi Kalsium, Vitamin D, Magnesium dan pelbagai nutrien lagi untuk membina dan memelihara tulang yang sihat.

Biarpun namanya pelik tapi khasiatnya bukan sekadar untuk menguatkan gigi dan tulang.

Kalau mengikut kajian-kajian saintifik, kalsium dan magnesium memang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Dalam 4 tablet OsteMatrix Shaklee mengandungi:
  • 1,000mg elemen Kalsium
  • 400mg Magnesium
  • 400IU Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan.
Di dalam sebotol OsteMatrix mengandungi sebanyak 120 kapsul yang mampu bertahan untuk penggunaan selama sebulan.


Kapsul OsteMatrix Shaklee ini direka khas dengan lapisan mudah untuk menelan untuk kemudahan kita.
Antara Khasiat yang akan kita dapat jika mengamalkan OsteMatrix adalah:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  • Vitamin D penting untuk merawat penyakit rickets. Malahan, ia juga membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, dan memperbaiki penyakit periodontal
  • Bagi mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu berusia lebih daripada 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak, sangat dinasihatkan untuk mengambil supplemen Vitamin D dan kalsium.
  • Magnesium adalah ion positif yang penting dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Malahan, ia juga turut membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.


Kalsium atau Ostematrix ni amat diperlukan oleh:
  • Bagi ibu hamil - penting untuk menyokong tumbesaran tulang bayi dalam kandungan 
  • Membantu mengatasi masalah kaki cramp 
  • Bagi ibu yang hamil, mengelakkan kesakitan gigi semasa hamil 
  • Membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan di dalam pantang 
  • Membantu dalam penghasilan susu ketika si ibu yang masih menyusu datang period (susu lazimnya akan merundum ketika period)
  • Mereka yg ada alahan terhadap pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu. 
  • Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum. 
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur. 
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi. 
  • Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki. (Rekahan tumit kaki mencacatkan pemandangan mata)
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.(Perkara yang paling orang perempuan tak suka bila datang haid)
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari. 
Jadi, korang ada masalah macam yang tertulis kat atas? Apa tunggu lagi dapatkan Kalsium OsteMatrix segera! 


~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @

Eja[1119387] | 013 - 416 4992
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                



4 tips Tangani Sembelit Berterusan Selepas Bersalin

with 0 Comment


"Semenjak bersalin anak kedua aku selalu mengalami masalah sembelit dalam pantang dan sekarang sampai anak aku dah masuk lima bulan pun aku masih bermasalah sembelit.

Lebih teruk lagi, bila sembelit lepas tu ada pula buasir. Risau lah takut kalau keadaan ni boleh menyebabkan organ-organ kecil rosak sebab banyak meneran." luah seorang sahabat saya.


Sebenarnya, saya juga pernah mengalami masalah yang sama dan pernah mengajukan soalan mengenai sembelit yang berterusan diikuti dengan buasir pada doktor saya.

Mengikut jawapannya, sembelit adalah masalah yang sering berlaku pada ramai wanita hamil. Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil pil zat besi untuk menambah darah.

Masalah buasir juga kerap berlaku bila rahim kita semakin berat dengan janin yang semakin membesar.

Apabila bersalin ketika meneran, buasir akan bertambah teruk sampai ada yang terkeluar dan tak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur... ngeriii dengar masa ni..

Ikut kata doktor lagi, sembelit dan buasir tak akan merosakkan organ-organ dalaman wanita sebab ia tidak memberi kesan kepada usus.

Dan ni adalah tips yang diberi untuk mengurangkan sembelit sewaktu hamil:

#1 . Diet Tinggi Serat
        Makan makanan yang berserat atau fiber tinggi seperti buah-buahan, sayur dan roti berserat.
        Nasi, mi, bihun, kuey teow, roti canai bukan berserat tinggi yea! ;)


#2. Banyak Minum Air
       Kita di Malaysia ni hidup dengan cuaca yang panas, banyak air akan hilang melalui proses 
       perpeluhan. Oleh sebab itu, kita terutamanya wanita sedang hamil mestilah minum 
       sekurang-kurangnya 8 gelas ke 12 gelas air sehari.

       Bila digabungkan dengan diet berserat tinggi, air boleh membantu mengurangkan sembelit.

#3. Senaman  
      Senaman dan pergerakan tubuh termasuk tangan dan kaki amat perlu dalam menangani masalah 
      sembelit. Sewaktu hamil, kita digalakkan untuk banyak berjalan dan melakukan pergerakan setiap
      hari... bukan duduk di sofa mengadap tv 24jam yea.

#4. Elakkan pil pelawas  
      Seboleh-bolehnya elakkan mengambil pil-pil yang boleh menggalakkan pembuangan air besar 
      kerana ia boleh menyebabkan sakit atau kontraksi ketika hamil.

Selain dari mencuba tips diatas saya turut mengambil tambahan pil kalsium iaitu Ostematrix Shaklee. 

Walaupun ianya adalah kalsium yang kita tahu baik untuk kesihatan tulang, tapi saya dapati dengan pengambilan Ostematrix Shaklee tiada lagi masalah sembelit. Malahan saya tak memerlukan ubat pelembut najis untuk mengelakkan berlakunya buasir.

Ini kerana najis dengan sendirinya menjadi lembut dan mudah untuk dibuang.

Kini saya, dah tak lagi mengalami masalah sembelit mahu pun buasir. Bukan itu sahaja kesihatan tulang juga semakin baik dan badan tidak lagi merasa letih ataupun terasa sakit kaki jika berjalan dan berdiri untuk masa yang panjang.

Untuk sahabat saya, memang pil kalsium Ostematrix Shaklee lah yang dicadangkan untuknya selain dari amalkan 4 tips di atas.

~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar
                


Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.