Saturday 21 February 2015

Jahitan Bersalin Terbuka Sebab Sembelit

with 0 Comment

Sakit semasa bersalin tidak lagi terasa bila memandang wajah comel si kecil. Tapi perasaan gundah gulana mula menghantui bila dah masuk tiga hari tidak lagi ke toilet. Alamak... sembelit!

Macam mana ni, poo poo mesti keras... nak meneran kuat takut jahitan luka di perineum (kawasan antara faraj dan dubur) terbuka. Pernah tak uols mengalami masalah seperti ni selepas bersalin?

Sebenarnya 1 daripada 5 orang ibu bersalin akan mengalami masalah sembelit. Ini mungkin disebabkan kita dihantui oleh perasaan yang terlalu bimbang takut-takut luka jahitan bersalin akan terbuka.

Namun, sembelit selepas bersalin boleh juga berlaku atas faktor fizikal antaranya:
  • Tahap hormon progesteron dalam badan yang terlalu tinggi semasa mengandung
  • Sistem pencernaan menjadi lemah semasa proses bersalin
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti pethidine dan diamorphine semasa bersalin, mungkin telah melemahkan usus kita.

Kita juga mungkin lebih cenderung mengalami masalah sembelit jika:

  • Pengambilan pil zat besi yang berlebihan atau
  • jika pasukan perubatan yang membantu semasa proses bersalin kita menggunakan instrumen seperti ventouse atau forceps.
Tahap kebimbangan yang melampau akan menyukarkan lagi keadaan sembelit kita. Ini kerana, kita hanya akan menyebabkan saluran usus dubur menjadi semakin ketat.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah sembelit ini adalah dengan merehatkan minda kita dengan mengalihkan perhatian dengan membaca majalah atau apa sahaja lah...asalkan kita tak memikirkan tentang jahitan bersalin! Bila kita tak stress maka dengan mudahnya dubur akan terbuka dan memudahkan proses pembuangan.

Bagi yang mempunyai jahitan bersalin janganlah bimbang...sebenarnya ia takkan terkoyak pun kalau disebabkan kita ke toilet. 

Tapi, kita mungkin akan memberi tekanan pada lantai pelvik jika menahan untuk tidak ke tandas dan mengakibatkan terjadi perkara yang tak diingini.Cuba lihat macam mana akak ni mengatasi sembelit dia.

Ini antara beberapa TIPS untuk kita mengelakkan dari terkena sembelit selepas bersalin. 
Mula makan dan minum secara berjadual secepat yang boleh selepas bersalin.
Cuba makan makanan yang tinggi serat seperti beras bijirin penuh dan minum banyak air. (Rasanya ini lah sebabnya kenapa lepas bersalin mesti nurse kat sepital bagi kita minum Milo ...hehehe)

Pengambilan cecair yang banyak selepas bersalin dapat membantu melembutkan poo poo dan memudahkan proses pembuangan. Keadaan sekeliling kita mungkin agak kering  tanpa kita sedari dan menyebabkan badan kita dehidrasi yang secara tak langsung boleh menyebabkan sembelit.

Proses penyusuan susu badan akan menyebabkan kita cepat merasa dahaga, jadi kita perlu meminum air yang banyak.

Lakukan senaman berjalan di sekitar katil sebaik sahaja kita boleh bergerak selepas bersalin. Kerana duduk atau baring sepanjang masa akan membuatkan kita lebih cenderung untuk mendapat sembelit.

Dan, kalau dah terasa nak membuang tu terus jer lah ke tandas jangan berlengah lagi!

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)




0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.