Tuesday 6 June 2017

Alami Sembelit? Kenali Punca dan Cara Atasinya

with 0 Comment



Alami masalah sembelit?

Sebenarnya ramai yang mengalami masalah sembelit. Cumanya, timbul rasa malu untuk membincangkan dengan doktor untuk dapatkan penyelesaiannya. Cara yang mudah ramai yang ke farmasi dan dapatkan julap.

Tak kurang juga yang mengambil mudah masalah sembelit ini dengan beranggapan yang ianya adalah perkara normal.

Tapi mungkin kita tak sedar yang sembelit juga membuatkan penghidapnya berasa tidak puas membuang air besar, perut buncit dan paling teruk boleh menyebabkan pembentukan kanser usus.

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. 

Sering sembelit akan menyebabkan simptom mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung. 

Selain itu, sembelit juga menyebabkan penghidap sukar memberi tumpuan,mengantuk, malas, lesu kronik, artritis,hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Sembelit yang tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan yang berkhasiat menjadi tidak bernilai.

Ini kerana toksik dalam darah yang terhasil kerana sembelit menyebabkan bebanan pada fungsi organ hati untuk menjalankan detokfikasi secara berkesan.

Kesannya, nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya selain menyebabkan bahan toksik tidak dinyah dari badan dengan cekap.

Detokfikasi yang tidak cekap akibat sering sembelit akan menjadikan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat sesuai untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca berlaku sembelit adalah pelbagai, antaranya bila kita sering mengabaikan isyarat untuk membuang air besar. Mungkin disebabkan terlalu sibuk bekerja atau memang menjadi kebiasaan.

Kurang meminum air dan mengambil makanan yang tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Kebergantungan terhadap julap atau laksatif yang keterlaluan boleh membawa kesan buruk antaranya ketidakseimbangan elektrolit di dalam tubuh, dehidrasi, jangkitan usus, kerosakan buah pinggang dan hati.

Adalah sangat penting untuk kita menjaga sistem penghadaman supaya kekal sihat.

Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan:
  • Penambahan berat badan
  • Masalah Gastrik
  • Perut buncit
  • Kanser usus
  • Masalah penghadaman
  • Sistem Imun yang lemah
Beberapa cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah sembelit. Antaranya, tambahkan pengambilan makanan berserat tinggi dalam diet pemakanan seharian.

Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5l air sehari. Elakkan mengambil protein daging secara berlebihan.

Selain itu kita juga boleh berusaha menjaga kesihatan sistem penghadaman dengan mengamalkan Set Shaklee Digestive Health .  
Set ini dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat. Antara kebaikan yang ditawarkan oleh set ini adalah:
  • Melegakan Sembelit
  • Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
  • Menyokong kesihatan usus
  • Membantu menyahtoksin badan
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Melegakan perut yang tidak selesa


Set Shaklee Digestive Health terdiri daripada:
 Peppermint-Ginger Plus
  •   Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Sumber protein soya yang terbaik. 
  • Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol
  • Mengandungi 5 vitamin B penting, membekalkan separuh keperluan kalsium harian
 Alfafa Complex
  •  Mengandungi vitamin A,C dan E serta kalsium,potasium, fosforus dan zat besi

Herb-Lax
  • Kombinasi herba tradisional yang digunakan untuk melegakan sembelit
  • Meningkatkan proses pencernaan secara lawas

Sistem penghadaman yang sihat dapat membantu kita menjalani aktiviti harian dengan lebih baik dan selesa serta dapat mengelakkan dari sembelit. 

Sistem penghadaman yang sihat menjanjikan kesihatan yang sempurna dan kulit yang cantik.

Bagi anda yang dah tak sabar untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman dan tidak lagi di belenggu masalah sembelit boleh pm/wasap @ 011-20908587

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.