Monday, 13 October 2014

Cara buat Masker dengan ESP

with 0 Comment
Sebut pasai masker nie memang ada macam-macam resepi nak buat masker. Ada yang gunakan kulit kayu manis dengan madu, ada yang guna putih telur. Tapi kali ni saya nak kongsikan resepi masker yang menggunakan ESP!

Oleh kerana ESP ni dari sumber kacang soya jadi sesuai sangatlah untuk dibuat masker terutamanya kalau nak mencerahkan dan mengecutkan jerawat. Penggunaan masker sebenarnya dapat mengelakkan kulit muka dari menjadi kering disamping membantu membuang sel-sel yang telah mati.

Selain itu pentingnya penggunaan masker adalah untuk membantu membersihkan selaga kotoran yang melekat diwajah dan menyumbat liang-liang pori iaitu punca terjadinya jerawat. Penggunaan masker ESP dapat membantu wajah menjadi kembali segar dan memperbaiki kondisi kulit yang telah rosak.

Jom tengok antara resepinya

Resepi Masker ESP dan Yogurt
Bahan-bahannya:
1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
1 sudu besar ESP

Caranya: 
Campurkan kedua-dua bahan tadi bersama dan gaul sehingga sebati.
Kemudian sapukan mask tadi diseluruh wajah dan leher. Biarkan selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga kering.
Basuh muka dengan air suam.
Lakukan sekurang-kurangnya 3x seminggu untuk hasil yang terbaik.
Tips: Sebaik-baiknya lakukan memakai mask selepas mandi waktu pagi.


Resepi Masker ESP dan Oat
Bahan-bahannya:
1 sudu teh ESP
1 sudu teh Oat
1 sudu besar susu segar


Caranya:
Satukan kesemua bahan dalam satu mangkuk. Kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar bahan tadi...kalau tak sejukkan pun tak pe tapi kalau sejuk kesan terapi dia lebih sikit ler..
Kemudian sapukan pada keseluruhan wajah dan leher.
Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga kering. Kemudian bilas dengan air.

Tips: Lakukan urutan pada muka semasa bilasan untuk memperbaiki peredaran darah pada kulit wajah dan meremajakan kulit.

Untuk sebarang pertanyaan atau kosultansi PERCUMA sms/whatsapp @ 013  416 4992

Sunday, 12 October 2014

ESP , Vit E dan Vita C selesaikan masalah jerawat

with 0 Comment
Biasanya kalau ada masalah kulit terutamanya kat muka contohnya jerawat, kulit kusam, bintik-bintik hitam, jeragat solution yang mula-mula terlintas nak cari produk skin carekan...kalau boleh nak yang paling cepat boleh hilangkan segala masalah kat muka tu...

Percayalah...saya pun pernah alaminya..hehehe kalau boleh hari ni pakai esok nak segala jerawat dah hilang!! Tapi tu lah, biasanya tak menjadi pun kengkadang tu pakai skin care yang tak sesuai dengan kulit menambahkan masalah jerawat lagi adalaa...

Bila godek punya godek rupanya masalah macam jerawat, kulit kusam, bintik-bintik hitam, jeragat semuanya berpunca dari masalah hormon dalam badan...huhu patutlah selama ni kalau pakai skin care yang paling mahal pun berkesan kejap jer rupa-rupanya skin care ni solution untuk sementara jer.

Jadi bila dah try product rawatan dalaman aka vitamin...sedikit demi sedikit masalah kulit diwajah makin berkurang dan bertambah berseri pulak muka neh...mood perasan jap...tapi memang kena sabar la sikitkan sebab makan vitamin ni bukan macam pakai skin care...banyak benda nak kena repair masalah dalaman ni baru nampak hasil dia...yea lah kalau dah makin tua ni makin banyaklah masalah dalamannya... ni produk yang saya makan ESP Shaklee dan Vita C sustained release untuk merangsang pembentukan semula kolagen dalam badan dan Vit E untuk menghilangkan parut-parut jerawat... kalau nak tau lebih lanjut pasai ESP boleh baca kat SINI.

Ni adalah antara beberapa tips untuk bebas jerawat

  • Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.
  • Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.
  • Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
  • Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
  • Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
  • Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
  • Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
  • Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  • Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
  • Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  • Amalkan supplement tambahan semulajadi seperti Energizing Soys Protein ESP , Vita C sustained Release dan Vitamin E Shaklee

untuk mendapatkan ketiga-tiga produk dengan segera anda boleh klik link dibawah





Friday, 10 October 2014

Esp Supplemen untuk Gastrik

with 0 Comment
Anda pernah tak mengalami rasa pedih perut dan ulu hati? Dada terasa panas? Inilah salah satu tanda yang biasa dialami oleh pesakit gastrik.

Gastrik atau gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut. Kebiasaannya keradangan berlaku disebabkan oleh amalan tabiat pemakanan iaitu memakan yang tidak mengikut waktu.

 Sebagai contoh waktu makan tengah hari anda biasanya pada pukul 12.30pm tapi disebabkan kekangan masa bekerja anda skip waktu makan dan makan pada pukul 2.00pm atau 3.00pm, jika amalan skip waktu makan ini diteruskan boleh menyumbang penyakit Gastrik.

Dan jika dibiarkan boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih serius iaitu peptic ulcer atau ulser perut. Jadi jika anda belum mendapat penyakit Gastrik elakkan skip waktu makan anda.... dan jika anda terlampau sibuk anda boleh mengambil Mealshake sebagai ganti makan tengahhari anda.

Berbalik kepada masalah Gastrik...masalah gastrik ini akan menjadi lebih teruk jika anda sseorang yang suka merokok, suka makan nenas, makan mee segera, suka makan jajan, minuman bergas, makan makanan yang terlalu pedas atau terlalu banyak mengambil ubat penahan sakit.

Tanda-tanda penyakit Gastrik adalah seperti:
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan.
  • Kadangkala sakit kepala diikuti dengan rasa loya atau mual dan perut merasa sebu serta hilang selera untuk makan. 
  • sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen) yang kadang kala teramat sakit
  • kembung perut, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan

dan jika anda membiarkan Gastrik ini sampai keperingkat yang teruk sehingga berlakunya ulser perut anda akan
  • mengalami muntah yang kadang kala berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah
  • dan najis anda akan berwarna hitam seperti tar.
Jadi saya nak kongsikan kepada anda tentang khasiat produk shaklee yang mampu membantu menyembuhkan penyakit Gastrik anda.

Kenapa produk Shaklee? Bagus sangat ke?

Untuk merawat masalah Gastrik terutamanya di bulan puasa anda memerlukan ESP. Apa tu ESP? anda boleh baca diSINI.

ESP dapat membantu mengatasi masalah gastrik dengan 2 langkah serentak iaitu:

1. Mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh asid hidroklorik yang dihasilkan oleh perut. Ini kerana ESP yang bersifat alkali akan mengimbangkan kandungan asid dalam perut dan mengurangkan hakisan yang berlaku pada dinding perut.

2. 20 jenis zat asid amino yang terkandung dalam ESP akan membina semula sel dan tisu baru untuk dinding perut.

Dan apa yang lebih baik adalah pengambilan ESP akan membuatkan perut anda merasa kenyang lebih lama kerana ia lambat dihadam. Ini bermakna perut anda tidak akan merembeskan asid hidroklorik!

Apa yang lebih penting adalah anda tak perlu lagi skip lunch anda! Insyallah anda akan nampak kesannya dalam masa yang singkat sahaja.

Jika anda ingin mendapatkan ESP anda bolehlah sms/whatsapp/telegram @ 012 617 8480 atau anda boleh jugak mendapatkan secara on-line dengan klik di bawah

Wednesday, 8 October 2014

10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE!

with 0 Comment
Kenapa ESP Shaklee ni sering menjadi buah mulut orang? Sebenarnya ESP ni adalah produk yang paling popular sekali dalam banyak-banyak produk yang Shaklee keluarkan. Biasalah kalau dah popular tu mestilah banyak soalan mengenai ESP Shakleekan.


Antara 10 soalan yang sering saya dapat dan mungkin juga pengedar yang lain dapat adalah:

1. ESP itu apa?
 Secara ringkasnya ESP adalah sumber protein dari kacang soya yang berkualiti tinggi dan terbaik serta tanpa GMO.

2. ESP ni apa rasanya?
ESP Shaklee ni berperisa vanilla, dan yang paling penting ia tidak mempunyai perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet.

3. Siapa yang boleh minum ESP?
ESP sesuai diminum oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia setahun sehingga orang yang sudah berumur.

4. Kalau ibu mengandung dan menyusukan budak boleh ke ambik ESP?
Untuk ibu mengandung dan menyusukan sememangnya kita galakkan untuk mengambil ESP. Dan Esp merupakan kompenan penting dalam Set Hamil dan Set Menyusu.

5. Macam mana pulak dengan orang yang baru lepas operation?
Pengambilan ESP untuk orang yang lepas operation atau pembedahan adalah sangat baik sebab fungsi ESP sebagai sumber protein dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dala, man selepas pembedahan.

6. Soalan popular yang seterusnya, kalau satu balang ESP ni boleh tahan berapa lama?
Kebiasaannya  ESP ni boleh bertahan selama 2 hingga 3 bulan dengan penggunaan 1 sudu sehari. Tapi bagi saya ESP ni tahan dalam sebulan setengah jer sebab saya biasa gunakan 2-3 sudu ESP sehari dicampurkan dengan minuman kegemaran saya....ermmm memang sedap!

7. Soalan berikutnya adalah kalau orang ada penyakit gout, diabetis (kencing manis) boleh ke minum ESP?
ESP boleh diminum oleh orang berpenyakit gout, kencing manis dan darah tinggi. Hanya pesakit buah pinggang dan orang yang mempunyai alahan pada kekacang sahaja yang tidak boleh mengambil ESP.

8. Apa kelebihan ESP ni?
Banyak sebenarnya kelebihan ESP ini antaranya memberikan tenaga, mencantikkan kulit , memutihkan kulit dan lain-lain lagilah...kalau nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan ESP boleh baca diSINI

9. Macam mana nak minum ESP ni?
Untuk cara minum ni bergantung kepada keperluan. Anda boleh mengambilnya 1-3 sudu ESP sehari dan dicampurkan dengan air kosong atau air kegemaran anda. Bagi saya, saya lebih suka minum ESP ni dengan campurkannya dalam yogurt Bliss...sedapppp!! Tak jadi masalah anda nak tambahkan ESP dalam air apa pun yang penting jangan dicampurkan dengan air panas dan minuman berkafein.

10. Soalan ni merupakan soalan yang paling popular sekali mengenai ESP...iaitu berapa harga sebotol ESP?
Harganya adalah Rm150 sebalang dengan isi kandungan 850gram. Tapiii, kalau nak harga lebih murah sms/whatsapp/telegram saya @ 013-416 4992 sekarang...akan saya bagi tahu caranya.

Psttt...sekarang Shaklee sedang mengadakan promosi untuk ESP dan Mealshake...dimana jika anda membeli 6 botol ESP anda akan dapat percuma 1 botol ESP. Dan kalau anda membeli 3 botol Mealshake anda akan dapat percuma sebotol Mealshake.

Dan jika anda nak mendapatkan ESP Shaklee ni boleh terus klik di bawah yea


Kalau ada sebarang persoalan lain dan perlukan konsultansi secara PERCUMA bolehla SMS/Whatsapp/Telegram @ 012 617 8480.

"Cantik, sihat dan bertenaga dengan ESP"


Friday, 3 October 2014

Apakah kebaikan dan faedah ESP Shaklee yang wajib kita tahu?

with 0 Comment
Esp memang telah terkenal dikalangan pengguna produk Shaklee...bukan itu sahaja boleh dikatakan ramai yang mula berjinak-jinak dengan produk Shaklee adalah disebabkan oleh ESP!

Bagi yang baru nak mengenali ESP dan tak tahu apa itu ESP? ESP adalah protein asli dari kacang soya yang berkualiti tinggi dan dalam bentuk serbuk.

Ramai juga yang baru nak mencuba ESP tertanya-tanya apakah kebaikan ESP Shaklee? Sebenarnya kalau nak diceritakan betul-betul memang banyak dan untuk entri ini saya akan kongsikan antara kebaikan dan faedah ESP Shaklee.

Jom kita tengok apa keistimewaan ESP Shaklee ni:
  • ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Dimana penggunaan ESP adalah sesuai untuk semua peringkat umur dengan sukatan yang ditetapkan.
  • Protein kacang soya adalah 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah akan memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.
  • ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.

Keistemewaan ESP Shaklee inilah antara penyebab kenapa Esp menjadi hot produk Shaklee. Sekarang ni saya nak bagi tahu sebab utamanya ESP menjadi pilihan utama buat mereka yang baru dan ingin mencuba produk Shaklee, iaitu kebaikan dan faedah ESP.

Semua yang ingin mencuba atau dah pun mencuba ESP wajib tahu kebaikan dan faedahnya! Inilah kebaikan dan faedah ESP Shaklee yang wajib kita tahu.


Penggunaan ESP secara konsisten akan memberikan faedah:
  • Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi - Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal - Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera - Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain lagi.
  • Memulihkan Pigmentasi - Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi dan kedutan.
  • Memperbaiki Memori - Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Penggunaan ESP juga sangat sesuai untuk golongan para ibu. Antara kebaikannya adalah:
  • "Milk booster" bagi ibu yang menyusukan anak
  • penambah tenaga bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan selepas bersalin.
  • Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
  • Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
  • Membantu ibu yang ingin re-laktasi
  • Memperbaiki kesan "stretch mark" & luka ceasear selepas bersalin
  • Menjadikan kulit anjal, gebu & licin
  • Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
  • Memelihara kestabilan hormon wanita
  • Menegang & menganjalkan payudara
  • Mengekalkan awet muda
berikut adalah luahan hati mereka yang telah mengamalkan ESP





Banyakkan kebaikan dan faedah ESP Shaklee...jadi anda dah tahu sekarang? Dah jatuh cinta dengan ESP? Apalagi dapatkanlah ESP anda sekarang! Anda boleh menghubungi/sms/whatsapp/telegram @ 012 617 8480 (eza) untuk dapatkan ESP anda atau pun boleh juga klik jer button di bawah untuk pembelian secara on-line.

Beli ESP sekarang!


Thursday, 2 October 2014

Saya penjual ESP Shaklee terbaik di kawasan Taiping, Kamunting, Bukit Merah dan Changkat Jering

with 0 Comment
Ramai yang tercari-cari maklumat tentang dimana boleh mendapatkan produk Shaklee. Produk Shaklee hanya boleh didapati daripada pengedarnya yang sah sahaja. Ini bagi menjamin tiadanya produk Shaklee tiruan dan menjaga kualiti produk! Saya adalah penjual atau pengedar ESP dan produk-produk Shaklee yang terbaik di kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau dan Changkat Jering.

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu apa itu ESP. Selalu dengar jer orang sebut-sebut ESP tapi tak tahu pun apa bendanya. Ok, saya terangkan secara ringkas apa itu ESP.

ESP atau Energizing Soy Protein adalah protein asli kacang soya yang berkualiti tinggi dan tanpa GMO. GMO ni bermaksud kacang soya yang digunakan tidak mempunyai perubahan genetik struktur asal kacang soya maknanya? Maknanya ESP ni dihasilkan dari kacang soya tulen!!! bukan tiruan.... sebab tulah ESP ni merupakan HOT produk Shaklee.

Saya sebagai penjual ESP Shaklee terbaik di kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau dan Changkat Jering semestinya akan memberikan khidmat nasihat dan panduan pengambilan yang betul agar anda dapat merasai kebaikan sebenar ESP.

Apa Kebaikan ESP?

  •  membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan
  •  mengekalkan keremajaan kulit dan memberi tenaga berpanjangan.
  •  merangsang regenerasi kulit dan otot
  •  mengembalikan keserian dan keanjalan kulit
  •  cepatkan penyembuhan luka dan menghilangkan parut
  •  memulihkan fungsi prostat lelaki
  •  sangat elok untuk wanita mengandung dan menyusu
  •  menguatkan daya ingatan
  •  mengekalkan kesihatan jantung
  •  indeks glisemik yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetes)
Jika anda ingin merasai kebaikan ESP Shaklee dan nak mendapatkan secara COD ( cash on delivery), boleh jer terus hubungi saya penjual ESP dan produk Shaklee terbaik di kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau dan Changkat Jering hubungi/ pm/ wasaap jer di 013- 416 4992 

Ada juga pertanyaan kenapa perlu ambil protein tambahan sedangkan proteinkan dah ada dalam daging, ikan dan ayam?

Ini antara sebabnya: protein dalam daging, ikan dan ayam akan berkurangan dan hilang bila kita memasaknya...lainlah kalau boleh makan mentah memang 100% boleh dapat protein dari sumber makanan tadi. Jadi dengan pengambilan ESP ni akan mencukupkan keperluan protein yang diperlukan oleh tubuh.

Kekurangan sumber protein juga boleh menyebabkan badan merasa lemah, lesu dan tak bermaya kadangkala boleh menyebabkan anda merasa menggeletar.

 Selain itu, anda akan menghadapi masalah kolestrol yang tinggi dan tekanan darah rendah. Erm luka pun lambat sembuh dan berparut, tak cantiklah kan terutamanya kalau parut tu kat muka. 

Itulah pentingnya pengambilan protein tambahan ESP Shaklee ni. Lagi satu kalau kekurangan protein antibodi badan kita jadi lemah dan tak kuat untuk melawan penyakit.

Sekarang ni anda tak perlu lagi tercari-cari macam mana nak dapatkan ESP dan produk Shaklee. Dapatkan saja dari saya penjual ESP dan produk Shaklee terbaik di kawasan Taiping, Kamunting, Bukit Merah dan Changkat Jering. 

Jika anda diluar kawasan pun anda masih boleh dapatkan melalui On-line di SINI. 

Produk Shaklee tak terdapat dimana-mana kiosk jamu atau farmasi jadi jika anda inginkan ESP atau produk lain Shaklee anda hanya boleh dapatkan dari pengedar Shaklee yang sah sahaja!

Anda boleh mempelbagaikan penggunaan ESP ni antaranya dijadikan aiskrim, tart, jeli dan macam-macamlah kalau anda kreatif. Nanti kalau berkesempatan saya akan kongsikan satu resepi yang menggunakan ESP. 

Ok! Sekarang anda dah tahu dimana nak dapatkan ESP dan produk Shaklee. Jika anda berada di kawasan Taiping, Kamunting, Bukit Merah dan Changkat Jering dan inginkan COD hubungi/sms/ whatsapp saya penjual ESP dan produk Shaklee terbaik anda di nombor 013- 416 4992.

 Jangan bimbang jika anda berada luar kawasan boleh juga mendapatkan ESP dan produk Shaklee melalui pembelian secara on-line diSINI.

Kebetulan pulak bulan September ni terdapat promosi diskaun 5% untuk pembelian twin pack ESP atau pun kalau berhajat nak simpan stok boleh jugak ambil promosi beli 6 ESP percuma 1 canister ESP.

Sesiapa yang belum pernah cuba, inilah masanya untuk rasai kelebihan ESP. Harga memang terbaik! Nak beli 1,2 atau 3 canister saja pun boleh, Hubungi/ pm /whatsapp jer saya penjual ESP terbaik anda!

Your trusted SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

Wednesday, 1 October 2014

Pasti Kurus dalam 3 Bulan

with 0 Comment
Betul ke ni? Betul! Anda akan kurus hanya dalam masa 3 bulan dengan syarat anda mestilah ikut setiap arahan yang saya berikan...tak mo tipu-tipu ok!


Sebelum saya kongsikan cara mendapatkan badan yang kurus dalam 3 bulan, anda mestilah memastikan yang anda tidak mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan seangkatan dengannya....untuk yang ada penyakit kronik macam ni bolehla try Vivix Shaklee, ramai jugak yang dah mencubanya dan berjaya pulih dari penyakit tu..eh iklan ler pulak ;)

Pastikan anda bersedia dari segi fizikal dan mental! Dah bersedia ?

Step pertama dan yang paling penting untuk memastikan anda berjaya kuruskan badan dalam 3 bulan adalah tetapkan Matlamat anda dan kenapa anda nak kurus? tulis pada sekeping kertas dan tampal ditempat yang anda boleh selalu nampak. Sudah?

Step kedua, sekarang anda perlu mendapatkan berapakah BMI(Body Mass Index) anda. Anda tak tahu bagaimana nak kira? Tak jadi masalah anda boleh rujuk diSINI.

Dah dapat berapa BMI anda? Anda dapat apa? kalau index anda kurang daripada 18.5 anda tak perlu ikut program ni yea anda kena memilih program penambahan berat badan bukannya kuruskan badan. Program ini adalah untuk mereka yang mempunyai BMI 25 dan lebih. Ok, sekarang anda tetapkan berapa target berat yang ingin dicapai. 

BMI dah kira, target dah set dan sekarang bermulalah proses paling mencabar untuk mental dan fizikal.... iaitu menetapkan bilangan kalori dan karbohidrat yang badan anda perlukan.... sekali lagi diulang "yang badan anda perlukan" bukan yang anda inginkan!

Jom kita mulakan!

Jangan risau proses ini tak memerlukan anda berlapar dan membahayakan kesihatan anda. Apa yang kita akan lakukan adalah mengefektifkan proses pembakaran lemak yang terkandung dalam badan.Tak faham? 

Secara ringkasnya begini apabila lemak, karbohidrat dan protein masuk ke dalam badan ia akan ditukarkan ke dalam bentuk glukosa, asid lemak dan asid amino.Ketiga unsur ini akan digunakan sebagai tenaga oleh badan. Apabila ia tidak digunakan ia akan disimpan sebagai LEMAK. LEMAK yang tersimpan inilah yang akan kita bakar dan tukarkan kepada tenaga dengan meningkatkan kadar metabolisma badan. 



Bagaimana caranya?

1. Anda perlu mengira bilangan kalori yang anda ambil! 
2. Banyakkan pengambilan spices, Green tea, minyak kelapa,makanan berprotein tinggi dan juga halia didalam pemakanan seharian anda.
3. Excersice.

Untuk minggu pertama sebagai contoh,anda disarankan untuk mengambil lebih kurang antara 150g karbohidrat sehari dan kurangkannya kepada 100g sehari pada minggu ke2 dan seterusnya secara beransur-ansur. Ini bertujuan untuk membenarkan enzim pembakar lemak dapat menggunakan lemak yang berlebihan untuk proses penghasilan tenaga.

Dalam tempoh ini anda mungkin mengalami rasa letih dan kurang bertenaga. Bagi mengatasi masalah ini anda boleh mengambil ESP. 

Keep in mind kalau nak kurus anda mestilah makan makanan yang rendah kalori daripada jumlah yang badan perlukan, untuk itu saya cadangkan anda mengambil 80g karbohidrat per hari (80g/day)

Tips: banyakkan memakan plain yogurt dan susu rendah lemak.

setakat ini saja entri saya kali ini.... entri akan datang kita sambung lagi ok!

Peringatan Penting: Kalau nak kurus dalam 3 bulan mesti dan harus kawal dan KIRA KALORI anda!!! Dan jangan skip sarapan! 
 Kalau anda tak sempat untuk sarapan boleh ambil MEALSHAKE sebagai pengganti sarapan anda!







Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.