Saturday, 6 June 2015

Set Ramadhan Instant ESP dan Mealshake

with 0 Comment

Tak sampai seminggu lagi... semua umat Islam akan menyambut Ramadhan. Perasaan gembira bercampur bimbang pun silih berganti.


Syukur padaNya kerana masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan yang mulia ini. Dalam kepala ni dah mula mengatur menu-menu yang bersesuaian untuk bersahur dan berbuka.

Tuptuptup ... terlintas macam mana kalau terlambat bangun untuk bersahur? Nak panaskan lauk pun tak sempat apatah lagi nak masak! Takkan nak suruh anak berumur 7 tahun yang baru nak berjinak-jinak puasa penuh minum air kosong jer kot. Kalau orang dewasa macam kita ni oklah masih lagi boleh tahan walau sekadar bersahur dengan air kosong jer.

Makanya, Set Ramadhan Instant iaitu gabungan ESP dan Mealshake adalah pilihan yang terbaik dan bijak! Ini kerana minuman berprotin tinggi ini mampu membuatkan:

  • perut kita kenyang dengan lebih lama
  • low glisemik indeks yang akan mengawal paras gula dalam darah, maka kita tidak merasa mengantuk
  • bertindak memberikan instant energy walaupun kita sedang berpuasa tetapi masih perlu aktif membuat kerja disiang hari

Dengan adanya Set Ramadhan Instant , insyallah anak yang sedang berjinak-jinak untuk berpuasa penuh takkan mengeluh keletihan dan kelaparan. Malahan, mereka akan kelihatan lebih bertenaga dan apa yang pasti pengalaman pertama kali berpuasa pastinya menjadi lebih seronok!

Bukan anak saja yang seronok , hati siibu pun pasti tersenyum dan bangga kerana anak yang baru belajar berpuasa dapat melaksanakan puasanya tanpa sebarang rungutan. Yang dewasa pun dapat menjalankan ibadah pada bulan Ramadhan dengan lebih tenang tanpa rasa letih.

Tak boleh tangguh lagi ni...kena dapatkan segera Set Ramadhan Instant dengan cepat @ 012 617 8480. 

 ~~~@ Selamat Menjalani Ibadah Puasa

untuk maklumat lanjut tentang produk dan pembelian produk anda boleh watsapp @ 012 617 8480

Tuesday, 19 May 2015

Skim Cepat Kaya YES Shaklee!

with 0 Comment
SHAKLEE YES!



Dah... apa pulak yang YES ni?

YES bermaksud Young Entrepreneur System yang direka khas oleh pihak Shaklee untuk membantu para usahawan muda dan baru untuk mencapai impian mereka menjadi jutawan dalam masa 13 bulan!

Projek Shaklee YES ini adalah satu program yang paling hebat dihasilkan sepanjang sejarah Shaklee bertapak di Malaysia tau.

Melalui program YES ini semua orang berpeluang untuk menjadi jutawan dalam 13bulan sahaja! Sesiapa sahaja berpeluang untuk grab peluang keemasan ini....kecuali ...huhuhu...buat SID macam saya ni.

Kenapa saya tak layak? Sebabnya program YES ini hanya terbuka untuk ahli baru Shaklee yang mendaftar mulai May 2015 sahaja. So, macam saya yang dah veteran dalam Shaklee ni memang disqualified ler.

Memang rugi kalau tak grab peluang yang sangatlah besar keuntungannya. Jarang tau Shaklee bagi peluang macam ni. Kalau dulu, kami terpaksa membuat perancangan dan target produk sendiri. Tapi, melalui program YES semua perancangan lengkap disediakan oleh pihak Shaklee. Apa yang perlu dilakukan hanyalah FOLLOW dan DUPLICATE sistem YES ini dengan bersungguh-sungguh, dan title "JUTAWAN" akan menjadi milik anda dalam tempoh 13 bulan!

Ini bukan omong kosong, dan ini bukan skim cepat kaya...tapi ini realiti! FOLLOW dan DUPLICATE bersungguh-sungguh...bergelar JUTAWAN bukan lagi mimpi Mat Jenin.

Menariknya program YES ini, Shaklee menawarkan 5 insentif hebat untuk semua peserta yang mendaftar sebagai ahli baru Shaklee bermula May 2015 sehingga Oktober 2015.
5 insentif tersebut adalah:

  •  1 botol Vita-Lea Shaklee - multivitamin yang terbaik di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee.
  •  4 pakej produk Shaklee paling laris dipasaran dengan harga BEBAS GST.
  •  Hadiah tunai berganda ( gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Contohnya: Melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda :

                  RM700 + 100% = RM1400

  •  Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya pada bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES Shaklee akan membayar anda sebanyak RM1500.
  •  Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya untuk FOLLOW dan DUPLICATE sistem ini dengan cemerlang*.


psttt...untuk yang bertanda * akan saya terangkan dengan lebih details dalam entry lain.

WOW!!! banyaknya insentif yang pihak Shaklee sediakan untuk program YES ni. Jealous pulak saya...hehehe...sebab kalau macam kami dulu takde pun insentif dan bayaran extra bonus tunai macam yang Shaklee Offer hari ni....

Inilah masanya bagi yang sedang mencari-cari pendapatan tambahan, mencari peluang perniagaan dan yang mengimpikan menjadi JUTAWAN dalam masa terdekat untuk merealisasikan impian anda! Program YES semestinya akan memudahkan lagi laluan anda!

Saya yakin peserta yang menyertai program YES dibawah naungan kumpulan sokongan IdeBee akan berjaya mencapai IMPIAN anda! Bertindaklah sekarang dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan IdeBee.. banyak kelebihan yang akan anda perolehi. Nak tahu apa yang IdeBee tawarkan? Klik diSINI

Ok...setakat ini dulu perkongsian saya mengenai program YES... itu jer? hehehe... ade lagi tapi dalam next entry yea...saya akan kongsikan dengan lebih detail lagi.

Oh yea, kami juga akan mengadakan talk show berkenaan program YES ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Jadi anda...dan anda.. dan anda ... berpeluang untuk menyertai program YES Shaklee 2015 yang sekali gus membuka peluang dan ruang untuk anda bergelar JUTAWAN dalam masa 13 bulan!

Jangan berlengah lagi, mulakan langkah pertama anda dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang ! Hubungi segera 011-38149361 atau wassap/ Telegram : 012 - 6178480 untuk pendaftaran anda!

Tips Membeli Produk Shaklee dengan Harga Murah!

with 0 Comment



Ramai yang mengatakan produk Shaklee mahal... iyea ke mahal? Rasanya ada lagi produk makanan kesihatan yang lebih mahal di luar sana.

Kebiasaannya kalau produk yang dihasilkan daripada sumber semula jadi harganya mestilah mahal tapiii lain pula ceritanya dengan Shaklee. Ramai yang dah tahu Shaklee merupakan syarikat makanan kesihatan yang menggunakan 100% bahan semulajadi dan syarikat makanan kesihatan no 1 di US...dengan hasrat supaya orang ramai boleh mendapat faedah kesihatan yang baik, semulajadi dan berkesan maka pihak Shaklee telah menyediakan satu cara supaya semua orang mampu memiliki produk mereka dengan harga yang murah malah lebih murah dari produk makanan kesihatan yang lain.

Apakah caranya?

Haa...inilah tips yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat membeli produk Shaklee dengan harga yang murah malah anda juga akan mendapat rebate tunai lagi jika betul caranya.

Caranya adalah menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee. Iaitu dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang hanya bermodalkan RM69 untuk pendaftaran ahli dan member kit, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee seperti:


  • Bonus Prestasi 
  • Bonus peribadi sehingga 21%
  • Bonus Kepimpinan 
  • Leadership bonus sehingga 6 level
  • Bonus Subsidi kereta
  • Insentif wang tunai untuk pembayaran kereta atau terpulang pada anda nak buat apa dengan wang tunai itu.
  • Insentif Coordinator sehingga 1.5%
  • Konvension Perlancongan
  • Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Shaklee di dalam dan luar negara
  • Anda juga berpeluang menunaikan umrah bagi yang muslim dan membawa bersama ahli keluarga, ibubapa, anak-anak dan saudara-mara.
  • Bonus tambahan
  • Insentif Istemewa

dannn....jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee mulai bulan May 2015 sehingga Oktober 2015 anda berpeluang untuk menyertai program YES yang menawarkan lebih banyak insentif! Apa tu program YES? Anda boleh klik diSINI untuk maklumat lebih lanjut.

Pada masa kini dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, bisnes Shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Sambil menggunakan produk Shaklee anda juga boleh berkongsi kebaikan dan menjana pendapatan yang lumayan dengan mudah.

Peluang menjana pendapatan sampingan yang cukup hebat ini akan menjadi lebih berjaya kerana anda akan diberi bimbingan dari segi marketing mahupun produk melalui ahli Master Shaklee yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka  sebulan .

Jika anda menyertai keluarga kumpulan sokongan saya yang juga di bawah kumpulan Jutawan Shaklee, anda akan menerima kelebihan:

  • Coaching Online/Offline secara berterusan
  • Teknik marketing melalui Facebook,Instagram dan Blog yang berkesan
  • Info-info penting tentang bisnes Shaklee
  • Rahsia menjana penddapatan yang lumayan secara online bersama Shaklee.
  • Kumpulan Sokongan yang aktif

Jadi, untuk memastikan impian anda untuk menambah pendapatan dan menjadi usahawan Jutawan online yang berjaya.... pilihan kumpulan sokongan yang betul adalah penting!

Anda boleh melakukan pendaftaran dengan bayaran semurah RM69 seumur hidup ataupun satu lagi cara anda boleh menjadi ahli secara percuma! Bagaimana? Saya akan kongsikan pada entry akan datang ok.

Bertindaklah dengan segera kerana orang yang berjaya adalah orang yang bertindak SEGERA!

Sudah ramai surirumah yang dah berjaya memperolehi pendapatan dari 4 hingga 5 angka. Bukan saja surirumah , tapi ramai juga student yang sudah berjaya memperolehi angka pendapatan yang lumayan setiap bulan. Kini, peluang untuk anda pula memperolehi pendapatan 4 angka!

Mulakan langkah pertama anda sekarang !
Hubungi talian/SMS  011 - 381 493 61 atau Wassap/Telegram : 012 - 617 8480 untuk pendaftaran sebagai ahli dan pengedar Shaklee yang sah dan jana pendapatan 4 angka anda sekarang!

Anda juga boleh mendaftar sendiri dengan walk in di  branch Shaklee terdekat, dengan mendaftar di bawah ID Shaklee saya 1119387 . Saya akan membantu dan memberikan bimbingan yang terbaik bagi memastikan impian anda untuk menjana pendapatan melalui bisnes online Shaklee berjaya!

Terima Kasih kerana memilih Shaklee.

Saturday, 16 May 2015

Tips Tidur lena

with 0 Comment

Setiap malam kalau nak tidur, saya mesti kena telan 4 biji Ostematrix.

Haa...nape 4 biji? Hanya yang menelannya sahaja yang merasa bertapa syiokknya kalau telan Oste sebelum tidur...kan.. :)

Memang jika mengamalkan memakan 4 biji Oste sebelum tidur, lebih-lebih lagi jika dalam masa berpantang segala rasa sakit belakang dan sakit pinggang akan hilang. Nak pulak kalau jenis macam saya yang suka menyusukan baby sambil baring.

 Lagi satu, Oste juga dapat elakkan dari terkena sembelit. Setiap pagi ... mesti bersih lah usus tu.. ;).

Apa yang menariknya Ostematrix ini, Ia juga merupakan milkbooster buat ibu-ibu yang menyusukan anak. Susu yang dihasilkan akan lebih pekat dan menjadi lebih banyak.

Preggy mom pun sangat disarankan mengambil Ostematrix ni, yea lah kalau dah pregnant tu kaki kan selalu cramp. Dengan mengambil Oste kaki cramp pun hilang.

Yang paling bestnya, kalau dah telan 4 biji Oste sebelum tidur... esok paginya bangun badan pasti rasa segar dan bertenaga walaupun tidur pukul 4 pagi.


Jadi kalau uols semua masih mencari-cari makanan tambahan yang mampu memberi tenaga dan menghilangkan segala sengal-sengal badan dan sembelit OSTEMATRIX lah jawapan nya. Lagi bagus kalau diambil bersama Vitamin C SR dan ESP.

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
Call/ SMS :  011-381 493 61

♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)

Wednesday, 13 May 2015

Vitamin Semulajadi atau Vitamin Sintetik?

with 0 Comment
Vitamin adalah merupakan molekul organik yang badan kita perlukan dalam kadar sedikit, tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya sendiri atau kita sukar untuk menghasilkannya sendiri.
 Kita perlu bergantung kepada makanan yang kita ambil untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrien penting sepenuhnya.

Namun dalam era kemodenan sekarang, makanan yang kita ambil semakin berkurangan khasiatnya. Ini disebabkan oleh penggunaan racun perosak yang menghadkan tindakan mikrob  baik dalam tanah yang membantu tumbuhan mendapat nutrien.

Manakala penggunaan baja kimia pula, memberi tumpuan kepada bahan kimia utama yang tertentu sahaja dan tidak mengambil kira semua mineral surih, komponen organik, atau mikrob baik yang menyumbang ke dalam keperluan pemakanan yang sihat.

Selain itu makanan yang diubahsuai secara genetik telah menjadi sebahagian daripada bekalan makanan kita seharian. Sedangkan kita tidak tahu bagaimana atau apa kesannya kepada kita dalam jangka masa panjang.

Selain daripada masalah-masalah ini, tindakan kita memperbaiki dan memproses makanan kita supaya ia tahan lebih lama, lebih mudah, rasa lebih baik,  telah mengakibatkan nutrien penting dalam makanan kita hilang dan musnah. Kebanyakan makanan yang kita dapati di kedai-kedai runcit atau pasaraya sekarang hampir menyerupai dengan apa yang manusia telah makan selama beribu-ribu tahun dahulu, namun khasiatnya adalah jauh lebih rendah. 

Jadi, tidak hairanlah jika sekarang ini ramai orang mempunyai begitu banyak gangguan auto-imun, alergi makanan, dan masalah peningkatan obesiti. Ini kerana badan kita tidak tahu apa yang kita makan. Tubuh kita tidak dapat mencari nutrien yang diperlukan, dan menyebabkan badan meminta-minta supaya kita untuk makan lebih banyak dan lebih lagi agar kita dapat memberikan nutrien yang hilang itu. 


Kita semua tahu bahawa badan kita memerlukan bekalan vitamin dan mineral yang berterusan  supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Para saintis, doktor, dan syarikat makanan juga bersetuju, jadi mereka telah mencipta vitamin murah di makmal. Masalahnya ialah vitamin murah itu adalah vitamin sintetik dan ianya bukanlah apa yang dicari oleh badan kita. 

Hampir semua multivitamin adalah dari sintetik . Begitu juga dengan makanan yang diperkayakan . 
Kenapa sintetik? Ini sebabnya, Vitamin sintetik adalah lebih murah untuk dihasilkan dan biasanya lebih stabil . Ini bermakna vitamin sintetik boleh bertahan di rak-rak jualan untuk berbulan-bulan atau bertahun lamanya.
Walaupun kebanyakan vitamin ini adalah sintetik tapi ianya masih disebut sebagai vitamin semulajadi kerana pada pandangan saintis vitamin sintetik adalah hampir sama dengan apa yang terdapat didalam makanan yang kita ambil. 

Tetapi  sebenarnya, cara sebatian ini dihasilkan adalah berbeza dengan proses metabolik yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan secara semulajadi. Produk yang terhasil juga biasanya merupakan sebatian yang tidak betul-betul dalam bentuk yang sama seperti apa-apa yang terdapat dalam alam semula jadi.

Berdasarkan hasil pelbagai kajian, Vitamin sintetik merupakan vitamin yang tidak mudah diserap oleh tubuh. Ini kerana penghasilan vitamin sintetik bukanlah dari sumber makanan kita dan ianya  tidak dikenali oleh tubuh yang akan memberatkan buah pinggang, dan sering kali dianggap sebagai racun.

Makanya, fikir-fikirkan lah sebelum membeli vitamin. Apa tujuan sebenarnya kita mengambil vitamin? Sama ada kita mengambil vitamin supaya badan kita lebih sihat atau pun untuk menambah kandungan toksik dalam badan kita?

Jika pilihan anda vitamin semulajadi ... Shaklee adalah pilihan yang bijak dan jimat! Ini kerana Shaklee merupakan syarikat makanan tambahan yang telah hampir 80 tahun dalam pasaran dan telah melebihi 10 tahun dalam pasaran Malaysia. Produknya juga merupakan produk yang sangat mendapat perhatian pengguna kerana tahap keberkesanannya.

Jika anda inginkan Vitamin Shaklee bolehlah SMS, Whatsapp atau Telegram di no 012- 617 8480.
dannn....jika anda inginkan Vitamin Shaklee dengan harga yang lebih jimat hubungi saya dengan segera di no 012 - 617 8480.

Semoga kita semua mendapat manfaat vitamin yang sebenarnya.

Tuesday, 21 April 2015

Pentingnya B-Complex Semulajadi

with 0 Comment
Ramai dikalangan kita menganggap yang pengambilan vitamin B dan asid folik tidak sepenting vitamin C atau vitamin-vitamin yang lain. Tapi sedarkah kita yang sebenarnya vitamin B juga memainkan peranan yang sama pentingnya dengan vitamin yang lain. Kekurangannya boleh mengakibatkan


Bagi memastikan tubuh dapat menyerap sepenuhnya keperluan vitamin B yang diperlukan adalah penting untuk kita memilih B-Complex yang baik. Asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.



Masalahnya bagaimana kita nak menentukan yang B-complex yang kita ambil adalah yang terbaik?
B-Complex yang terbaik mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin dimana kesemuanya memerlukan kita mengambilnya secara serentak bagi memastikan keberkesanannya.

Manakala Peratusan jurang nilai harian B1, B2, B3 dan B12 mestilah tidak terlalu besar dan juga elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air ( sustain release). Ini kerana vitamin B adalah vitamin yang larut air dan sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Pengambilan vitamin B-Complex adalah penting untuk :
 menukarkan makanan kepada tenaga, membantu dalam proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
Vitamin B-complex juga penting dalam melawan tekanan dimana ia akan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan, tekanan dan insomnia.

Tahukah kita, Kekurangan Vitamin B boleh mengakibatkan kecacatan otak atau tulang belakang? Disebabkan itu pengambilan Vitamin B adalah amat penting kerana ia akan menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Selain itu ia juga akan membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko berlakunya kecacatan otak.

Rambut yang beruban sebelum masanya dan gugur serta kelemumur juga adalah tanda bahawa badan kita kekurangan Vitamin B.

Vitamin B adalah komponen penting dalam membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi. Selain itu ia membantu meransang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, migrain dan keletihan.

Disebabkan inilah para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.

Pengambilan B-Complex yang dihasilkan secara semulajadi adalah pilihan yang terbaik kerana badan kita dapat bertindakbalas dengan lebih cepat selain dari dapat mengelakkan berlakunya komplikasi yang membawa kesan kepada tubuh kita.

Friday, 3 April 2015

Detox Semulajadi dengan Shaklee

with 0 Comment


Rasanya bila sebut detox mesti ramai yang dah tahu kan dari maksudnya.  Detox atau detoksifikasi bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.

Kalau tiada sebarang proses membuang toksin berlaku tandanya salah satu organ dalam badan kita tak berfungsi.

Dari mana datangnya toksin ni?



Pencemaran udara, ubat-ubatan , pemakanan, bahan kosmetik, radiasi melalui x-ray, proses pemakanan yang tidak hadam dalam badan adalah punca wujudnya toksin dalam badan.
Dehidrasi atau kekurangan air dan malnutrisi kekurangan zat nutrien dalam badan juga merupakan salah satu penyebab toksin dalam badan.

Mesti uols tertanya-tanyakan macam mana kekurangan air pun boleh sebabkan toksin dalam badan kan? Jawapannya sebab bila badan kita kekurangan air, suatu tindak balas enzim akan berlaku dan menyebabkan darah dalam badan juga menjadi semakin pekat.

Thats why la kita kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari (air kosong yea bukan yang bergula). Supaya tindak balas enzim kesemua bahan kumuh dapat berfungsi dan berjalan dengan sempurna.

Kenapa kita kena detox? Ini sebabnya:
  • untuk menyingkirkan semua toksin dan parasit dari dalam badan kita
  • meningkatkan kecekapan fungsi imun
  • meningkatkan metabolisma
  • mengelak daripada penyakit merbahaya
  • meningkatkan tenaga dan vitality
  • mengurangkan berat badan
  • mendapatkan kulit yang sihat
  • stop and slow premature ageing
  • clarity of mental and emotional
  • mengurangkan stress

Tak sangkan dengan detox banyak kebaikan yang boleh kita dapat... lebih-lebih lagi bab kuruskan badan, mendapat kulit yang cantik dan awek muda kan.

Ok, sekarang ni macam mana caranya kita nak buang semua toksin dalam badan secara semulajadi?
Caranya:

  •  minum air masak atau air kosong yang secukupnya. Secukupnya tu maksudnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  •  senaman - supaya badan kita berpeluh so toksin akan keluar melalui peluh. Sebab itulah kita digalakkan bersenam 15-30 minit sehari sekurang-kurangnya 5 kali seminggu
  •  Makan makanan yang tinggi serat - supaya memudahkan penghadaman
  •  kurangkan pengambilan gula dan kafein dalam minuman.

Untuk meningkatkan proses detokfikasi dalam badan kita Shaklee telah menyediakan beberapa produk yang sememangnya berkesan dan lebih spesifik

ALFAFA COMPLEX (Detox seluruh tubuh)
Herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutaralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

DTX COMPLEX (Detox Hati)
Campuran 6 Herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. DTXComplex membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

GARLIC (Detox Darah)
Dihasilkan dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

HERBALAX (Detox usus)
Gabungan 9 Herba semulajadi yang terdiri daripada daun alfafa, daun jati cina(senna), biji adas manis cina(anise seed), bunga mallow biru(Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biji jintan manis(fennel), akar rhubarb dan akar Culver's.

Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus dan melegakan sembelit.

Dengan adanya produk detox yang spesifik ini, kita dapat melancar dan mempercepatkan lagi proses pembuangan toksin dalam badan. Jadi jangan buang masa lagi marilah kita sama-sama melakukan proses detokfikasi demi untuk kesihatan badan pada masa hadapan.


jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
Call/SMS: 011- 381 493 61
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.