Tuesday, 21 April 2015

Pentingnya B-Complex Semulajadi

with 0 Comment
Ramai dikalangan kita menganggap yang pengambilan vitamin B dan asid folik tidak sepenting vitamin C atau vitamin-vitamin yang lain. Tapi sedarkah kita yang sebenarnya vitamin B juga memainkan peranan yang sama pentingnya dengan vitamin yang lain. Kekurangannya boleh mengakibatkan


Bagi memastikan tubuh dapat menyerap sepenuhnya keperluan vitamin B yang diperlukan adalah penting untuk kita memilih B-Complex yang baik. Asid folik yang semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.



Masalahnya bagaimana kita nak menentukan yang B-complex yang kita ambil adalah yang terbaik?
B-Complex yang terbaik mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin dimana kesemuanya memerlukan kita mengambilnya secara serentak bagi memastikan keberkesanannya.

Manakala Peratusan jurang nilai harian B1, B2, B3 dan B12 mestilah tidak terlalu besar dan juga elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air ( sustain release). Ini kerana vitamin B adalah vitamin yang larut air dan sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Pengambilan vitamin B-Complex adalah penting untuk :
 menukarkan makanan kepada tenaga, membantu dalam proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
Vitamin B-complex juga penting dalam melawan tekanan dimana ia akan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan, tekanan dan insomnia.

Tahukah kita, Kekurangan Vitamin B boleh mengakibatkan kecacatan otak atau tulang belakang? Disebabkan itu pengambilan Vitamin B adalah amat penting kerana ia akan menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Selain itu ia juga akan membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko berlakunya kecacatan otak.

Rambut yang beruban sebelum masanya dan gugur serta kelemumur juga adalah tanda bahawa badan kita kekurangan Vitamin B.

Vitamin B adalah komponen penting dalam membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi. Selain itu ia membantu meransang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, migrain dan keletihan.

Disebabkan inilah para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.

Pengambilan B-Complex yang dihasilkan secara semulajadi adalah pilihan yang terbaik kerana badan kita dapat bertindakbalas dengan lebih cepat selain dari dapat mengelakkan berlakunya komplikasi yang membawa kesan kepada tubuh kita.

Friday, 3 April 2015

Detox Semulajadi dengan Shaklee

with 0 Comment


Rasanya bila sebut detox mesti ramai yang dah tahu kan dari maksudnya.  Detox atau detoksifikasi bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.

Kalau tiada sebarang proses membuang toksin berlaku tandanya salah satu organ dalam badan kita tak berfungsi.

Dari mana datangnya toksin ni?



Pencemaran udara, ubat-ubatan , pemakanan, bahan kosmetik, radiasi melalui x-ray, proses pemakanan yang tidak hadam dalam badan adalah punca wujudnya toksin dalam badan.
Dehidrasi atau kekurangan air dan malnutrisi kekurangan zat nutrien dalam badan juga merupakan salah satu penyebab toksin dalam badan.

Mesti uols tertanya-tanyakan macam mana kekurangan air pun boleh sebabkan toksin dalam badan kan? Jawapannya sebab bila badan kita kekurangan air, suatu tindak balas enzim akan berlaku dan menyebabkan darah dalam badan juga menjadi semakin pekat.

Thats why la kita kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari (air kosong yea bukan yang bergula). Supaya tindak balas enzim kesemua bahan kumuh dapat berfungsi dan berjalan dengan sempurna.

Kenapa kita kena detox? Ini sebabnya:
  • untuk menyingkirkan semua toksin dan parasit dari dalam badan kita
  • meningkatkan kecekapan fungsi imun
  • meningkatkan metabolisma
  • mengelak daripada penyakit merbahaya
  • meningkatkan tenaga dan vitality
  • mengurangkan berat badan
  • mendapatkan kulit yang sihat
  • stop and slow premature ageing
  • clarity of mental and emotional
  • mengurangkan stress

Tak sangkan dengan detox banyak kebaikan yang boleh kita dapat... lebih-lebih lagi bab kuruskan badan, mendapat kulit yang cantik dan awek muda kan.

Ok, sekarang ni macam mana caranya kita nak buang semua toksin dalam badan secara semulajadi?
Caranya:

  •  minum air masak atau air kosong yang secukupnya. Secukupnya tu maksudnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  •  senaman - supaya badan kita berpeluh so toksin akan keluar melalui peluh. Sebab itulah kita digalakkan bersenam 15-30 minit sehari sekurang-kurangnya 5 kali seminggu
  •  Makan makanan yang tinggi serat - supaya memudahkan penghadaman
  •  kurangkan pengambilan gula dan kafein dalam minuman.

Untuk meningkatkan proses detokfikasi dalam badan kita Shaklee telah menyediakan beberapa produk yang sememangnya berkesan dan lebih spesifik

ALFAFA COMPLEX (Detox seluruh tubuh)
Herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutaralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

DTX COMPLEX (Detox Hati)
Campuran 6 Herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. DTXComplex membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

GARLIC (Detox Darah)
Dihasilkan dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

HERBALAX (Detox usus)
Gabungan 9 Herba semulajadi yang terdiri daripada daun alfafa, daun jati cina(senna), biji adas manis cina(anise seed), bunga mallow biru(Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biji jintan manis(fennel), akar rhubarb dan akar Culver's.

Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus dan melegakan sembelit.

Dengan adanya produk detox yang spesifik ini, kita dapat melancar dan mempercepatkan lagi proses pembuangan toksin dalam badan. Jadi jangan buang masa lagi marilah kita sama-sama melakukan proses detokfikasi demi untuk kesihatan badan pada masa hadapan.


jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
Call/SMS: 011- 381 493 61
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)

Saturday, 14 March 2015

Rahsia Peppermint-Ginger Plus

with 0 Comment
Peppermint-Ginger Plus



Merupakan kombinasi 4 herba dari barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini.

Secara klinikal Peppermint-Ginger Plus sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Penggunaan Peppermint Giger Plus dapat membantu dalam proses penghadaman, mencuci usus dan perut, merawat sakit atau masalah gastrik,nausea dan batuk.

Bagi kelegaan tekak, batuk dan sendawa kita boleh menghisap Peppermint-Ginger Plus sebagai ganti lozenges.



Manfaat utama 4 jenis herba yang terkandung di dalam Peppermint-Ginger Plus adalah:


  • Pudina : Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 
  • Halia : Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang).

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; manakala penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah amat berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.


  • Pokok adas (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala selsema. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis (anise) : Digunakan oleh orang-orang mesir purba. Ia dapat melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Cekur Manis juga akan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

psttt....peppermint-ginger plus ni selain bagus untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah, angin dalam badan, batuk ...ia juga bagus untuk kempiskan perut tau!



Friday, 6 March 2015

Nyamuk Aedes semakin mengganas...shaklee mampu membantu

with 0 Comment


Statistik terkini denggi di Malaysia menunjukkan
negeri selangor adalah paling tinggi mencatatkan kes iaitu sebanyak 11k++  dan
Perak merupakan negeri kedua tertinggi iaitu dengan 2k ++ kes.

 Takutnyaa kaan.

Jumlah ini terlalu tinggi sedangkan kita baru saja memasuki bulan ketiga tahun 2015.

Antara  sebabnya kenapa Selangor merupakan pemegang rekod tertinggi adalah disebabkan oleh banyaknya berlaku pembinaan bangunan (constrution) dan kepadatan taburan penduduk yang tinggi.
Denggi adalah jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk aedes.

Terdapat beberapa jenis denggi DENGGI1, DENGGI2, DENGGI3, DENGGI4.
Seseorang itu dianggap kena denggi apabila bacaan platlet rendah iaitu bawah 150 000/mikroliter.
Namun begitu Demam denggi hanya boleh dikesan hanya selepas hari ke 3 hingga ke 15.

Nyamuk aedes aktif pada 2 keadaan iaitu:
-Awal subuh
- Waktu senja
masa ini nyamuk aedes bergiat aktif mencari darah.

Jenis denggi terbahagi kepada 2 jenis:
1. Demam denggi klasikal: demam patah tulang
2. Demam denggi berdarah: demam yang boleh membawa maut

Terdapat dua jenis nyamuk aedes. Beza antara dua jenis nyamuk ini hanya dari segi saiz kepala dia jer



Kebiasaannya demam denggi tidak diiringi selsema atau batuk. So kalau sesiapa yang demam tapi ada batuk dan selsema jangan risau...thats not denggi!
Simptom denggi yang biasa dikesan adalah:
-high fever 39-40 degree
-demam menggigil dan sakit-sakit badan rasa macam nak patah tulang.
-sakit kepala
-terasa otot dan sendi yang lemah
-muntah dan cirit birit
-pendarahan pada mulut dan hidung
-ruam/ bintik-bintik merah

simptom bagi Denggi berdarah pula
-hipotensi
-sakit di bahagian abdomen
-pendarahan di bahagian usus

masa tengah demam, keadaan platlet  akan drop... so,


  • performance adalah solution untuk elak dehidrasi, dan menyeimbangkan elektrolit dalam badan
  • Vitamin C   akan membantu  untuk meningkatkan sistem imun dan antibodi pesakit
  • Pengambian Nutriferon akan menguatkan sistem imun dan antibodi pesakit

Semua pengambilan supplemen diatas diambil bertujuan untuk melawan dan matikan virus denggi tu.

Adalah digalakkan pesakit mengambil makanan dalam bentuk cecair dan mudah dihadam seperti sup dan bubur .Ini kerana virus denggi boleh sebabkan hati membengkak. pengambilan makanan yang sukar dihadam boleh memberi kesan pada hati.

Elakkan makanan pedas, berminyak dan berlemak.

Orang yang mempunyai sistem imun badan yang tinggi berkemungkinan akan terkecuali dari kena denggi walaupun telah digigit nyamuk aedes.So, untuk yang belum kena lagi sebagai langkah pencegahan boleh amalkan pengambilan Vitamin C dan Garlic untuk meningkatkan sistem imun badan especially yang duduk dikawsan denggi. Sebab denggi ni virus.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga dari awal.

Monday, 23 February 2015

Sembelit lagi!

with 0 Comment

Dulu masalah sembelit sering menggangu...bila jumpa doktor dia akan bagi ubat untuk melembutkan poo poo...tapi masalah sembelit masih juga tak selesai.

Bila mengandungkan anak yg ketiga, masalah sembelit makin menjadi-jadi. Jumpa doc pun doc tak boleh nak bagi ubat apa-apa. Jadi bertahan jer la. Kemudian ada lah pulak seorang hamba Allah ni kenalkan Ostematrix dan Vitalea katanya untuk kesihatan tulang dan menambahkan tenaga sewaktu mengandung.

Almaklumlah acik ni kurang minum susu dan selalu pergi klinik mesti kena marah dengan misi sebab hb memanjang rendah jer...jadi memang perlukan sangat kalsium dan multivitamin dari sumber lain ni.


Nak dijadikan cerita, esoknya lepas makan Ostematrix, pagi tu perut mula memulas-mulas..... aahh masa untuk ke toilet..mungkin kebetulan jer. Seminggu berlalu dan rutin setiap pagi sudah berubah, acik perlu ke toilet setiap pagi! Dan sekarang ni badan acik pun semakin bertenaga.

Macam tak percaya pulak.. tapi apa kaitan antara Ostematrix dan sembelit yang dah hilang ni? Ikut kata sahabat acik ni, salah satu fungsi ostematrix ialah membantu untuk melawaskan.

Ooo...patutlah sekarang barulah acik faham..


Dan alhamdulillah, sampai sekarang ni acik masih lagi memakan Ostematrix ,Alfafa dan Herblax . Badan rasa semakin sihat dan bertenaga biarpun baru balik travelling...and yang paling penting ... tiada lagi masalah sembelit! Peringatan ... untuk pesakit SLE anda tidak boleh mengambil Alfafa.

Uols nak kan pengalaman seperti acik?Jangan malu, jangan segan sms/whatsapps nombor ni
012-6178480... kalau nak call/SMS no ni yea 011-381 493 61

atau boleh jugak dapatkan Ostematrix,Alfafa dan Herblax  secara online klik kat bawah ni



jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
call/ SMS : 011-381 493 61
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)





Saturday, 21 February 2015

Jahitan Bersalin Terbuka Sebab Sembelit

with 0 Comment

Sakit semasa bersalin tidak lagi terasa bila memandang wajah comel si kecil. Tapi perasaan gundah gulana mula menghantui bila dah masuk tiga hari tidak lagi ke toilet. Alamak... sembelit!

Macam mana ni, poo poo mesti keras... nak meneran kuat takut jahitan luka di perineum (kawasan antara faraj dan dubur) terbuka. Pernah tak uols mengalami masalah seperti ni selepas bersalin?

Sebenarnya 1 daripada 5 orang ibu bersalin akan mengalami masalah sembelit. Ini mungkin disebabkan kita dihantui oleh perasaan yang terlalu bimbang takut-takut luka jahitan bersalin akan terbuka.

Namun, sembelit selepas bersalin boleh juga berlaku atas faktor fizikal antaranya:
  • Tahap hormon progesteron dalam badan yang terlalu tinggi semasa mengandung
  • Sistem pencernaan menjadi lemah semasa proses bersalin
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti pethidine dan diamorphine semasa bersalin, mungkin telah melemahkan usus kita.

Kita juga mungkin lebih cenderung mengalami masalah sembelit jika:

  • Pengambilan pil zat besi yang berlebihan atau
  • jika pasukan perubatan yang membantu semasa proses bersalin kita menggunakan instrumen seperti ventouse atau forceps.
Tahap kebimbangan yang melampau akan menyukarkan lagi keadaan sembelit kita. Ini kerana, kita hanya akan menyebabkan saluran usus dubur menjadi semakin ketat.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah sembelit ini adalah dengan merehatkan minda kita dengan mengalihkan perhatian dengan membaca majalah atau apa sahaja lah...asalkan kita tak memikirkan tentang jahitan bersalin! Bila kita tak stress maka dengan mudahnya dubur akan terbuka dan memudahkan proses pembuangan.

Bagi yang mempunyai jahitan bersalin janganlah bimbang...sebenarnya ia takkan terkoyak pun kalau disebabkan kita ke toilet. 

Tapi, kita mungkin akan memberi tekanan pada lantai pelvik jika menahan untuk tidak ke tandas dan mengakibatkan terjadi perkara yang tak diingini.Cuba lihat macam mana akak ni mengatasi sembelit dia.

Ini antara beberapa TIPS untuk kita mengelakkan dari terkena sembelit selepas bersalin. 
Mula makan dan minum secara berjadual secepat yang boleh selepas bersalin.
Cuba makan makanan yang tinggi serat seperti beras bijirin penuh dan minum banyak air. (Rasanya ini lah sebabnya kenapa lepas bersalin mesti nurse kat sepital bagi kita minum Milo ...hehehe)

Pengambilan cecair yang banyak selepas bersalin dapat membantu melembutkan poo poo dan memudahkan proses pembuangan. Keadaan sekeliling kita mungkin agak kering  tanpa kita sedari dan menyebabkan badan kita dehidrasi yang secara tak langsung boleh menyebabkan sembelit.

Proses penyusuan susu badan akan menyebabkan kita cepat merasa dahaga, jadi kita perlu meminum air yang banyak.

Lakukan senaman berjalan di sekitar katil sebaik sahaja kita boleh bergerak selepas bersalin. Kerana duduk atau baring sepanjang masa akan membuatkan kita lebih cenderung untuk mendapat sembelit.

Dan, kalau dah terasa nak membuang tu terus jer lah ke tandas jangan berlengah lagi!

jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)




Sunday, 1 February 2015

K.Pah Meroyan Lepas Makan Set Sendi Shaklee

with 0 Comment



Sebelum kita cerita kenapa K.Pah meroyan lepas makan set sendi shaklee, biar saya kenalkan dulu siapa K.Pah ni.

K.Pah ni seorang surirumah berumur 40an dan tinggal di salah sebuah flat PKNS Shah Alam. Bila sebut flat PKNS semua sedia maklumla kan yang flat ni tak ada lift. K.Pah pulak tinggal di tingkat 5, yakni tingkat paling atas sekali.

K.Pah ni adala buat bisnes jual nasi lemak kat bawah rumah dia sikit secara kecil-kecilan. Jadi setiap pagi K.Pah memang kena turun berpuluh-puluh anak tangga.. kalau turun tak pa lagi tapi bila naik memang letih dibuatnya. "kuruih aku hari-hari excercise" dialog k.pah.

Satu pagi tu, tengah bersiap nak berniaga boleh pulak k.Pah tertinggal sambal ikan bilis kat rumah. Nak tak nak kena jugak la k.Pah mendaki semula anak tangga. Lepas tu dia pun mengadulah yang lutut dan kaki dia asyik sakit jer sekarang ni. Nak sembahyang pun susah katanya.

Simpati dengan k.Pah saya pun ceritakanlah tentang set sendi Shaklee. Set sendi ni boleh membantu mengurangkan keradangan pada semua sendi, menguatkan tulang dan menghalang osteoporosis, menguatkan jantung, mengelakkan osteoarthiris dan yang paling penting sekali membolehkan k.Pah bersembahyang dan memanjat tangga tanpa rasa sakit lagi kaki dan sendi.


Sambil tersenyum k.Pah cakap " ok dik, esok bagi k.Pah set sendi tu". Lepas seminggu memakan set sendi shaklee k.Pah cari saya dan beritahu yang sekarang ni sakit lutut dia dah kurang sikit dan nak sembahyang pun semakin mudah. Awal-awal lagi dia dah pesan untuk saya hantarkan set sendi lagi bulan depan.

Nak dijadikan cerita, lepas sebulan awal-awal pagi lagi k.Pah datang ketuk pintu rumah dalam keadaan marah-marah. Terkejut dibuatnya, napelah pulak k.Pah ni meroyan pepagi buta ni...nak tahu kenapa?

 Sebabnya, Set sendi Shaklee yang dia order tak sampai lagi...hehehe sori k.Pah yea.. I lupa.



Apakata bulan ni k.Pah ambik 2 set terus Set Sendi Shaklee, sebab bulan Feb ni ada promotion untuk set sendi..nanti taklah k.Pah meroyan lagi kalau dah habis satu set kan. Amacam k.Pah?

Uolss pun nak Set sendi jugak? SMS/Whatsapp/Telegram jer no ni 012 6178480 atau kalau malu boleh terus beli online jer... klik jer kat bawah ni



jika anda ada sebarang Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com



( COD kawasan Taiping, Kamunting, Batu Kurau,Pantai Remis, Bagan Serai dan Changkat Jering)

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.