Saturday, 2 December 2017

Tips Kulit Kusam dan Berjeragat Tiada Lagi. Ketahui caranya.

with 0 Comment


Alamak.. what to do? Muka dah semakin kusam. Kulit wajah pun dah nampak semakin kering dan ada yang bersisik. Di tambah pulak dengan tompok jeragat yang semakin kelihatan. Oh Tidak!!

Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan kawan-kawan lama masa reunion nanti. Kedut-kedut dibawah mata tanda penuaan pun dah menunjukkan diri.

Aduhaii takkan lah umur baru 30an dah nampak macam nenek usia 60an. Harus ada tindakan untuk mengatasi keadaan ini. Masih belum terlambat.

Kesan kulit wajah yang kusam, kering, bersisik dan berjeragat adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang sering dikaitkan adalah pancaran sinaran ultra UV dari matahari dan juga radikal bebas.

Bahagian tubuh seperti kulit wajah, tangan dan siku serta kaki sering terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Dan menyebabkan bahagian tubuh ini mengalami proses penuaan lebih cepat dari bahagian tubuh lain.

Kulit wajah merupakan bahagian yang paling lembut dan paling lama terdedah pada sinaran UV matahari. Dimana lapisan epidermis kehilangan kelembapannya sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan.

Tangan dan siku merupakan kulit yang memiliki jaringan kolagen dan kelenjar minyak yang kurang berbanding kulit dibahagian tubuh lain. Disebabkan ini tangan lebih mudah kehilangan kelembapan tubuh dan lebih cepat melalui proses penuaan.

Antara tips yang saya dapat bagi solusi rawat kulit wajah kusam, kering, bersisik dan tompok jeragat adalah dengan elakkan mencuci wajah dengan terlalu kerap. Kekerapan mencuci wajah boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit, seterusnya membuatkan kulit makin kering.

Amalan pola pemakanan yang sihat juga dapat membantu mengatasi masalah kulit yang dialami.  Ini kerana kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.

Penggunaan krim pelembab yang sesuai untuk kulit wajah, siku dan tangan harus diberi perhatian.

Tak lupa juga minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar kulit kita sentiasa segar, lembap dan berseri sekaligus melambatkan proses penuaan.

Air putih atau air kosong berperanan sebagai pelembab semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit dari dalam. Ia juga berfungsi melarutkan zat-zat beracun dan melancarkan proses metabolisme dalam tubuh.

Pengambilan suplemen merupakan cara yang paling berkesan untuk mengatasi kulit kusam, bersisik dan berjeragat. Terutamanya kalau kita dah mencapai umur 30an, bantuan suplemen sangat-sangat diperlukan untuk kulit berbanding orang yang lebih muda.

Dengan suplemen multivitamin, protein ESP, Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu dalam mempertahankan kesegaran kulit dan menjadikannya lebih sihat.

Pengambilan kolagen sangatlah digalakkan untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menangani pelbagai masalah lain.

Vivix juga merupakan pilihan yang bagus bagi mengatasi masalah kulit kusam dan berjeragat. Kajian saintifik menunjukkan kandungan resvetarol dan polifenol dalam Vivix mampu menjadikan sel-sel tubuh lebih sihat dan secara tak langsung menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Selain dari penjagaan dalaman dengan pengambilan suplemen; produk skin care seperti scrub, krim pelindung UV dan toner juga harus dititik beratkan.

Bukan apa bila dah berusia  lebih 30 dan 40 tahun kita kena ingat yang perawatan kulit kita dah tak sama macam masa remaja dulu.

Kulit wajah kusam, kering, bersisik dan berjeragat memang satu cabaran buat kita wanita yang menjangkau usia 30 dan 40 tahun.

Usah terus mengeluh dan membiarkan kulit wajah yang kusam dan berjeragat membelenggu diri kita. Moh kita mulakan ambil suplemen untuk meremajakan  semula kulit wajah yang kusam dan berjeragat.

Inginkan suplemen untuk kulit kusam dan berjeragat?

Hubungi atau wasap saya di nombor 011-20908587 sekarang. Saya akan bantu anda mendapatkan suplemen impian anda dengan segera.


Thursday, 30 November 2017

Pengedar Produk Shaklee Taiping, Kamunting dan Kawasan Sekitar

with 0 Comment
Dah lama mendengar tentang produk shaklee dari kawan-kawan ofis dan kawan sekolah. Macam-macam komenlah yang dapat. Produk shaklee ni bagus untuk kulit berjerawatlah, ESP shaklee best untuk kulit kusam dan kasarlah, mak dia makan ostematrix hilang sakit tumit dan sengal-sengal tulanglah, Vivix yang dapat menurunkan kandungan paras gula dalam darah dan membantu dalam membaiki sel-sel rosak macam kanser dan macam-macam lagilah.

Teringin nak guna produk shaklee tapi tak jumpa pun jual kat kiosk jamu. Dah merata cari kat Taiping Mall, Aeon Taiping, kedai jamu kat Kamunting, kawasan-kawasan sekitar kat changkat jering dan batu Kurau pun tak jumpa.

Kalau anda ada masalah macam ni jangan risau. Saya Aija, pengedar produk Shaklee akan membantu anda. Anda memang tak kan menemui produk shaklee di kiosk atau kedai jamu.  Produk Shaklee hanya boleh didapati dari pengedar shaklee yang sah sahaja.

La ni orang Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar boleh hubungi atau whatsapp saya di nombor 011-20908587 untuk mendapatkan produk shaklee idaman anda. Bagi anda yang nak melakukan pembayaran semasa penghantaran atau ringkasnya COD pun boleh, tak menjadi masalah.

Saya akan membimbing anda cara pengambilan dan penggunaan produk shaklee yang bersesuaian dengan anda agar anda memperolehi dan merasai hasil penggunaan produk shaklee dengan lebih berkesan!

Hampa semua yang duk Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar , telepon atau wasap kami naa @ 011-20908587 kalau nak cari produk shaklee.

Tuesday, 6 June 2017

Alami Sembelit? Kenali Punca dan Cara Atasinya

with 0 Comment



Alami masalah sembelit?

Sebenarnya ramai yang mengalami masalah sembelit. Cumanya, timbul rasa malu untuk membincangkan dengan doktor untuk dapatkan penyelesaiannya. Cara yang mudah ramai yang ke farmasi dan dapatkan julap.

Tak kurang juga yang mengambil mudah masalah sembelit ini dengan beranggapan yang ianya adalah perkara normal.

Tapi mungkin kita tak sedar yang sembelit juga membuatkan penghidapnya berasa tidak puas membuang air besar, perut buncit dan paling teruk boleh menyebabkan pembentukan kanser usus.

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. 

Sering sembelit akan menyebabkan simptom mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung. 

Selain itu, sembelit juga menyebabkan penghidap sukar memberi tumpuan,mengantuk, malas, lesu kronik, artritis,hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Sembelit yang tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan yang berkhasiat menjadi tidak bernilai.

Ini kerana toksik dalam darah yang terhasil kerana sembelit menyebabkan bebanan pada fungsi organ hati untuk menjalankan detokfikasi secara berkesan.

Kesannya, nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya selain menyebabkan bahan toksik tidak dinyah dari badan dengan cekap.

Detokfikasi yang tidak cekap akibat sering sembelit akan menjadikan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat sesuai untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca berlaku sembelit adalah pelbagai, antaranya bila kita sering mengabaikan isyarat untuk membuang air besar. Mungkin disebabkan terlalu sibuk bekerja atau memang menjadi kebiasaan.

Kurang meminum air dan mengambil makanan yang tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Kebergantungan terhadap julap atau laksatif yang keterlaluan boleh membawa kesan buruk antaranya ketidakseimbangan elektrolit di dalam tubuh, dehidrasi, jangkitan usus, kerosakan buah pinggang dan hati.

Adalah sangat penting untuk kita menjaga sistem penghadaman supaya kekal sihat.

Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan:
  • Penambahan berat badan
  • Masalah Gastrik
  • Perut buncit
  • Kanser usus
  • Masalah penghadaman
  • Sistem Imun yang lemah
Beberapa cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah sembelit. Antaranya, tambahkan pengambilan makanan berserat tinggi dalam diet pemakanan seharian.

Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5l air sehari. Elakkan mengambil protein daging secara berlebihan.

Selain itu kita juga boleh berusaha menjaga kesihatan sistem penghadaman dengan mengamalkan Set Shaklee Digestive Health .  
Set ini dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat. Antara kebaikan yang ditawarkan oleh set ini adalah:
  • Melegakan Sembelit
  • Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
  • Menyokong kesihatan usus
  • Membantu menyahtoksin badan
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Melegakan perut yang tidak selesa


Set Shaklee Digestive Health terdiri daripada:
 Peppermint-Ginger Plus
  •   Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Sumber protein soya yang terbaik. 
  • Rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol
  • Mengandungi 5 vitamin B penting, membekalkan separuh keperluan kalsium harian
 Alfafa Complex
  •  Mengandungi vitamin A,C dan E serta kalsium,potasium, fosforus dan zat besi

Herb-Lax
  • Kombinasi herba tradisional yang digunakan untuk melegakan sembelit
  • Meningkatkan proses pencernaan secara lawas

Sistem penghadaman yang sihat dapat membantu kita menjalani aktiviti harian dengan lebih baik dan selesa serta dapat mengelakkan dari sembelit. 

Sistem penghadaman yang sihat menjanjikan kesihatan yang sempurna dan kulit yang cantik.

Bagi anda yang dah tak sabar untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman dan tidak lagi di belenggu masalah sembelit boleh pm/wasap @ 011-20908587

Monday, 5 June 2017

Petua Hilangkan Sakit Kepala dan Migrain secara Alami

with 0 Comment


Pernah alami migrain? Atau sakit yang amat pada sebahagian tertentu di kepala?

Sakit kepala atau migrain yang teruk kadang kala menyebabkan fokus pada kerja terganggu dan mengambil berjam-jam atau berhari-hari untuk pulih. Disamping rasa sakit kepala, migrain juga menyebabkan rasa mual, muntah dan sensitif pada cahaya dan bunyi.

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit kepala ialah:

  • Tekanan (tension headache)
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata
  • sakit gigi dan tulang rahang
  • Penyakit berkaitan telinga, hidung dan tekak
  • Kejang otot
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (brain tumor)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun.

Ramai dikalangan yang mengalami migrain atau sakit kepala akan mengambil cara yang paling mudah dan telah menjadi amalan turun temurun iaitu dengan menelan painkiller yakni Panadol.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara dan petua untuk melegakan migrain dan sakit kepala dengan cara alami yang paling selamat dan tidak menjejaskan kesihatan buah pinggang kita. 

Mengikut petua orang dulu-dulu untuk hilangkan sakit kepala boleh gunakan 

Pes Asam Jawa atau Limau Kasturi.
Sapukan pes asam jawa atau untuk limau kasturi dipicitkan air limau kasturi di atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil meramas rambut, picit bahagian kepala yang sakit. 

Urut dengan Minyak Panas
Ini juga merupakan cara yang paling popular dikalangan masyarakat kita. Minyak angin cap kapak sering menjadi pilihan.

Dimana minyak akan dilumurkan pada bahagian kepala, tengkuk dan belakang telinga. Kemudian diikuti dengan urutan manja dibahagian yang berdenyut.

Pek Ais
Untuk cara ketiga ini dengan meletakkan pek ais di kepala akan membuatkan rasa kebas atau numb terhasil. Selain dari ais pek boleh juga membalut ketulan ais didalam tuala dan letakkannya di atas kepala.

Rendam Kaki dalam Bekas Air Panas 
Lagi satu cara untuk menghilangkan sakit kepala dan migrain kita boleh merendamkan kaki ke dalam bekas yang berisi air panas. 

Tapi janganlah pulak lurus bendul, di isi bekas dengan air panas yang mengelegak tu, dah menjadi kisah lain pulak nanti. Tambahlah sedikit air yang sejuk macam kita buat air panas untuk mandi tiap pagi tu ;).

Dengan cara ini dikatakan mampu untuk melancarkan semula perjalanan darah dalam badan.


Elakkan mengambil MSG
Monosodium Glutamat(MSG) yang sering digunakan dalam masakan sebagai penambah perasa dalam makanan juga dikatakan penyebab Migrain dan sakit kepala.

Bukan tak boleh ambil, cuma kalau boleh kurangkan pengambilannya.

Rehatkan Diri
Elakkan diri dari stress yang melampau dan pergi bercuti sehari dua rehat kan diri dengan udara segar dan recharge semula tenaga.

Ini kerana tekanan yang melampau juga akan menyebabkan migrain dan membuka risiko mengalami tekanan darah tinggi.

Selain dari petua di atas kita boleh juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan seperti B-Complex dan Ostematrix. Kedua-dua suplemen ini membantu meredakan ketegangan pada neuron dan saluran darah.



Selain dari itu, suplemen ini turut membekalkan nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

B-Complex
Vitamin B2(riboflavin) dan B6(Pyridoxine) telah terbukti dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap yang terkandung dalam B-Complex Shaklee turut memastikan kita bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tetapi juga mencegah penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Osteomatrix( Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kekurangan Magnesium didalam badan juga adalah penyumbang kepada Migrain dan sakit kepala. Pengambilan Osteomatrix membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang dan dapat mengurangkan sakit kepala migrain dan frekuensinya.

Kalsium yang terkandung dalam Osteomatrix membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran dan membantu dalam proses pembekuan darah.

Bagi membantu proses penyerapan Kalsium yang efektif, Vitamin D amatlah diperlukan. Pengambilan Kalsium tanpa Vitamin D menyebabkan, kalsium tidak dapat diserap oleh tubuh dan berkemungkinan tertinggal didalam badan sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Pengambilan suplemen ini sangat selamat dan tidak membahayakan kesihatan.Malah menjadikan tubuh kita lebih sihat!

Pun begitu, untuk mendapat hasil supaya migrain dan sakit kepala tidak lagi menjadi satu masalah buat kita pengambilan suplemen ini haruslah diteruskan secara konsisten sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.

Selain itu, bagi yang beragama islam bolehlah amalkan doa untuk menghilangkan migrain dan sakit kepala di bawah ini:


Kehadiran Migrain dan sakit kepala mampu menjejaskan kehidupan harian kita dan memberi impak besar dalam kerjaya, pelajaran dan lain-lain.

 Jika dibiarkan, Migrain boleh menjadi lebih teruk dan susah untuk diubati. Jangan biarkan ia menjadi teruk dan merbahaya.

Bagi yang tak sabar untuk mendapatkan suplemen B-Complex dan Ostematrix untuk membantu hilangkan sakit kepala dan migrain boleh terus wasap @ 011-20908587

Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai produk juga boleh wasap/pm @011-20908587 

~ aiza abu bakar~

Thursday, 25 May 2017

Petua Mudah Hamil Yang Harus Di Cuba Hanya dengan Kurma

with 0 Comment

Semalam semasa mengikuti kuliah agama di surau berdekatan rumah bertajuk "Anak Cemerlang" ada satu soalan yang menarik perhatian saya. Soalannya berbunyi :


 " Kami masih belum mempunyai zuriat walaupun sudah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Bolehkah ustaz kongsikan cara untuk membolehkan kami mendapat zuriat?"

Tiba-tiba teringat pulak dengan seorang kawan saya dari zaman sekolah yang turut mengalami keadaan yang sama. Petua mudah hamil ini sudah dikongsikan dengan rakan saya dan kini saya dikongsikan juga dengan semua rakan taulan yang masih mencari-cari petua dan ikhtiar untuk hamil.

Caranya sangat mudah dan bahan yang digunakan juga turut senang didapati.

  • Dapatkan segenggam kurma dari tangan suami dan segenggam kurma tangan isteri. 
  • Kemudian kurma tersebut dibuang bijinya dan masukkan ke dalam blender.
  • Kisarkan kurma dengan 2 gelas susu kambing. Ikut kata ustaz tu tak kisahlah sama ada susu kambing asli atau serbuk yang pentingnya susu kambing. 
  • Bahagikan ramuan kepada 2 gelas. Satu gelas bagi setiap seorang.


  • Sebelum minum ramuan tersebut hendaklah membaca surah Maryam: ayat 1-12 dan minum sehingga habis. Pesan ustaz lagi, lepas minum mungkin badan akan terasa panas atau rasa nak muntah tapi tetap kena teruskan juga minum ramuan tersebut sehingga habis.


Keesokannya bolehlah amalkan meminum segelas susu kambing setiap pagi dan elakkan mengambil makanan yang masam contohnya macam tomyam sepanjang usaha.

Ikut kata ustaz kebanyakan pasangan yang mencuba mengambil masa dalam setahun untuk terima berita gembira yang si isteri hamil. Selain itu, ustaz juga memberi pesanan untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tinggi.

Ini kerana peranan nutrien yang seimbang dalam tubuh dapat menjadikan tubuh menjadi lebih subur dan memudahkan untuk hamil. Antara nutrien yang sangat diperlukan tubuh untuk subur adalah Omega3 dan Omega6 serta sumber kaya protein dan antioksidan.

Semua nutrien ini boleh didapati didalam suplemen Omega Guard, Gla Complex, BComplex dan ESP Shaklee yang dikenali juga sebagai set Subur.



Cubalah petua ni, mana tahu rezeki hasil usaha dan ikhtiar tahun depan dapat terima berita gembirakan. Jangan lupa selain usaha, sentiasa berdoa.


Bagi yang berminat untuk dapatkan suplement untuk hamil jangan teragak-agak untuk wasap atau pm saya @ 011-20908587.



Tuesday, 23 May 2017

Niat puasa Ramadhan dan Kekal Cergas Bertenaga Dengan Triple Gem

with 0 Comment


Dari dalam bilik terdengar suatu suara mendayu-dayu memanggil-manggil satu nama. Argh.. suara tu datang lagi.

Memang menjadi fenomena setiap kali munculnya bulan puasa Ramadhan suara itu pasti akan memenuhi setiap ruang rumah. Hampir setiap satu atau dua jam mesti dengar suara memanggil-manggil "Yusoof Taiyob" .. ahaks. dan setiap kali bulan puasa ramadhan jugalah set Triple Gem Shaklee akan menjadi Hot produk.

Set Triple Gem menjadi pilihan ramai dibulan Ramadhan kerana ia dapat membekalkan khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh sepanjang hari berpuasa dan membolehkan badan menjadi lebih cergas dan bertenaga.


Set Triple Gem juga berperanan untuk menstabilkan kandungan bendalir di dalam badan sekali gus mengelakkan dari risiko berlaku dehidrasi semasa menjalankan ibadah berpuasa.

Lagi pula set Triple Gem ini dapat dinikmati oleh seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Terutamanya untuk warga emas dan anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa.


Bagi wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak sangat disarankan pengambilannya. Sebagai pengamal set Triple Gem sepanjang waktu kehamilan dan semasa menyusukan bayi, kami sangat berpuas hati kerana set Triple Gem ini amat membantu ibu-ibu menyusu (terutamanya yang mengepam susu) dalam mengekalkan penghasilan stok susu mencukupi di kala berpuasa.

Terdapat 3 produk utama dalam set Triple Gem ini yang terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink.

ESP adalah protein soya yang dapat membekalkan sumber protein lengkap untuk keperluan badan seharian, Protein yang dibekalkan dapat memberi rasa kenyang lebih lama dan membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.

MEALSHAKE merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang lengkap dengan protein dan serat dan didatangkan dengan rasa vanila yang lazat.

PERFORMANCE DRINK merupakan minuman isotonik tanpa gula yang dapat membantu dalam memastikan bendalir dalam badan berada dalam keadaan stabil dan mengelakkan dehidrasi.


Set Triple Gem disarankan ambil pada masa bersahur. Sebut mengenai sahur ingat lagi tak niat untuk sahur? Kotlah lupa moh tengok niatnya


Selesai berpuasa mesti nak baca doa berbuka pulak kan supaya amalan kita lebih mendapat berkah


Bulan yang penuh rahmat ni rugi kalau tak menunaikan solat terawih. Tapi, badan terasa letih dan tak bermaya. Apa nak buat?

Untuk lebih bertenaga semasa menjalankan ibadah sunat terawih di malam hari CINCH TEA adalah pilihan yang paling ideal! Cinch tea juga dapat membantu merangsang tenaga semulajadi dan membantu menurunkan berat badan.



Nak dapatkan Set Triple Gem untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang menunaikan ibadah berpuasa pada bulan ramadhan? Hubungi atau pm @ 011-20908587 dan dapatkan konsultansi percuma.

Selamat Menjalankan ibadah berpuasa!





Monday, 15 May 2017

Idea Hadiah Hari Guru 2017

with 0 Comment
Satu persatu gambar aku tenung dan   aku belek dari pak cik google nak cari idea untuk hadiah Hari Guru 2017 esok.

Cantik-cantik dan kreatif tengok idea mat saleh ni. Tapi tu lah semua idea yang ditonjolkan ambik masa sehari dua juga nak buat. Kalau satu mungkin lah boleh siap. Ini nak kena buat 18 set hadiah mampos mak 😅.


Kalau tak buat kesian pulak kat anak yang dah dari minggu lepas lagi zikirkan kat telinga mama ni
"Mama nanti saya nak bagi hadiah kat cikgu masa Hari Guru. Saya nak wrap hadiah cantik-cantik. Mama jangan lupa tau. "

Ko rasa, gamak ke nak abaikan ja permintaan anak kalau dah merayu camni.
Terpaksa jugaklah mama ni mencari idea diy untuk Hari Guru nanti. Idea yang boleh dilaksanakan untuk kes last minit macam aku ni. 

Scrol punya scrol terjumpa idea untuk hadiah Hari Guru yang marbeles, simple, cepat dan paling penting jimat.
Idea ni aku cedok dari group fb. Terima kasih kepada insan yang menyumbangkan idea "pen si rama-rama" dari group TchersCollection. 

Dengan idea ni maka terhasillah kejadian "pen si rama-rama" dan "pen papa zola" ( ni semua gara-gara elisya komen cikgu saya boy mana boleh bagi rama-rama 😅) untuk hadiah Hari Guru esok.

pen papazola & si rama-rama

pen si rama-rama

 
Maka tersenyumlah anak-anak ku at last dapat jugak hadiah untuk cikgu sempena Hari Guru tahun ni.
Kat bawah ni ada beberapa lagi idea hadiah Hari Guru yang aku ambil dari group fb. Mana tau boleh guna idea kat bawah ni pulak untuk tahun depan punya sambutan Hari Guru kan.😄

Kredit kepada penyumbang idea dari group fb TchersCollection.

 simple, tapi cantik

 bestlah cikgu mana yang dapat ni

yang ni pun cantik
 
cute jer Rama-rama tu 

tahun depan bolehlah cuba idea yang kat atas ni.. hehehe
 

Thursday, 11 May 2017

Tips Atasi Kulit Wajah Kusam, Kering, Bersisik dan Berjeragat

with 0 Comment


Alamak.. what to do? Muka dah semakin kusam. Kulit wajah pun dah nampak semakin kering dan ada yang bersisik. Di tambah pulak dengan tompok jeragat yang semakin kelihatan. Oh Tidak!!

Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan kawan-kawan lama masa raya nanti. Kedut-kedut dibawah mata tanda penuaan pun dah menunjukkan diri.

Aduhaii takkan lah umur baru 30an dah nampak macam nenek usia 60an. Harus ada tindakan untuk mengatasi keadaan ini. Masih belum terlambat.

Kesan kulit wajah yang kusam, kering, bersisik dan berjeragat adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang sering dikaitkan adalah pancaran sinaran ultra UV dari matahari dan juga radikal bebas.

Bahagian tubuh seperti kulit wajah, tangan dan siku serta kaki sering terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Dan menyebabkan bahagian tubuh ini mengalami proses penuaan lebih cepat dari bahagian tubuh lain.

Kulit wajah merupakan bahagian yang paling lembut dan paling lama terdedah pada sinaran UV matahari. Dimana lapisan epidermis kehilangan kelembapannya sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan.

Tangan dan siku merupakan kulit yang memiliki jaringan kolagen dan kelenjar minyak yang kurang berbanding kulit dibahagian tubuh lain. Disebabkan ini tangan lebih mudah kehilangan kelembapan tubuh dan lebih cepat melalui proses penuaan.

Antara tips yang saya dapat bagi solusi rawat kulit wajah kusam, kering, bersisik dan tompok jeragat adalah dengan elakkan mencuci wajah dengan terlalu kerap. Kekerapan mencuci wajah boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit, seterusnya membuatkan kulit makin kering.

Amalan pola pemakanan yang sihat juga dapat membantu mengatasi masalah kulit yang dialami.  Ini kerana kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.

Penggunaan krim pelembab yang sesuai untuk kulit wajah, siku dan tangan harus diberi perhatian.

 Tak lupa juga minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar kulit kita sentiasa segar, lembap dan berseri sekaligus melambatkan proses penuaan.

Air putih atau air kosong berperanan sebagai pelembab semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit dari dalam. Ia juga berfungsi melarutkan zat-zat beracun dan melancarkan proses metabolisme dalam tubuh.

Bagi yang berusia 30an macam saya atau 40an bantuan suplemen sangat-sangat diperlukan untuk kulit berbanding orang yang lebih muda.

Dengan suplemen multivitamin, protein ESP, Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu dalam mempertahankan kesegaran kulit dan menjadikannya lebih sihat.


Saya juga suka mengambil kolagen shaklee untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menangani pelbagai masalah lain.

Selain dari penjagaan dalaman dengan pengambilan suplemen; produk skin care seperti scrub, krim pelindung UV dan toner juga harus dititik beratkan.

Bukan apa bila dah berusia  lebih 30 dan 40 tahun kita kena ingat yang perawatan kulit kita dah tak sama macam masa remaja dulu.


Bagi produk skin care ni saya lebih suka gunakan jenama nutriwhite Shaklee yang terdiri daripada pencuci muka, toner, krim pelembab dan skrub.



Produk skin care Nutriwhite memang sangat sesuai untuk kegunaan kulit wanita yang berusia 30tahun dan ke atas. Ia juga merupakan produk skin care yang dihasilkan dari bahan semula jadi dan terjamin 100% selamat tanpa bahan kimia merbahaya.

Skrub Shaklee yang juga dikenali sebagai make up remover sangat-sangatlah siok bila dipakai. Bukan saya je yang kata camni. Hampir semua yang mencuba make up remover shaklee buat pertama kalinya juga turut memberikan maklum balas yang kulit mereka terasa lebih bersih, lembut dan segar selain blackhead dan white head turut sama hilang lepas gunakan make up remover shaklee.


Kulit wajah kusam, kering, bersisik dan berjeragat memang satu cabaran buat kita wanita yang menjangkau usia 30 dan 40 tahun.

Usah terus mengeluh dan membiarkan kulit wajah yang kusam dan berjeragat membelenggu diri kita.

Moh kita mulakan sesuatu tindakan agar ia tidak mempengaruhi penampilan diri kita.

Saya ingin membantu wanita yang mengalami masalah kulit wajah seperti saya . Hubungi atau wasap @ 011-20908587 agar saya membantu anda.


~ Ai Ja @~
Your Trusted SID





Thursday, 4 May 2017

Tip Merendahkan paras Kolestrol Menghindari Serangan Strok

with 0 Comment
Baru semalam rasanya kami bersembang sambil makan tengah hari bersama rakan-rakan sekerja yang lain di restoran nasi kandar yang terletak berhampiran pejabat.

Tak sangka sungguh pagi ini dapat panggilan dari isteri Kamal yang dia dimasukkan ke wad akibat serangan strok.

Kamal merupakan rakan kerja saya yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas dan sangat disenangi oleh rakan setugas yang lain.

Siapa sangka dalam umurnya yang baru pertengahan 30an dah mendapat serangan strok disebabkan paras kolestrol yang tinggi dalam darah.

Berdasarkan kata doktor, strok dikalangan orang muda boleh berlaku disebabkan terdapatnya masalah kesihatan lain atau pun masalah kongenital salur darah.

Sedikit gerun bila mendengar penjelasan daripada doktor. Manakan tidak, kolestrol ni bukannya boleh nampak dengan mata kasar. Benda dalam salur darah kan.

Terdapat beberapa tip cara-cara untuk merendahkan kolestrol dalam badan yang dikongsikan oleh doktor.

Antara tipnya,

🍤 Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu seperti Mentega, lemak proses seperti marjerin dan makanan mengandungi kolesterol seperti kuning telur, makanan berkerang dan organ haiwan.

🍤 Tingkatkan pengambilan makanan kaya fiber seperti kekacang, oats, buah-buahan dan sayur-sayuran.

🍤 Banyakkan pengambilan sayuran atau buah-buahan kaya protein seperti kekacang dan kurangkan protein dari daging.

🍤 Kurangkan berat badan.

🍤 Ambil suplemen yang mengandungi "sterol tumbuhan" seperti Phytocol ST. Sterol berfungsi bagi merendahkan kolesterol dalam darah.

 Sedikit lega bila, doktor mengatakan yang suplemen mengandungi sterol tumbuhan dapat menurunkan kolesterol dalam darah.

Nampaknya keputusan saya untuk mengamalkan suplemen Phytocol ST sebagai ikhtiar untuk mengawal kadar kolesterol dalam badan adalah tepat.

Suplemen Phytocol ST adalah pilihan daripada sumber semulajadi terbaik dengan 2000mg fitosterol keperluan tubuh setiap hari seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol ST Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol di dalam tubuh.

Dimana Fitosterol merupakan tumbuhan yang kaya dengan sterol dan stenoils yang terdapat dalam membran sel tumbuhan.

Antara keistimewaan kenapa suplemen Phytocol ST Shaklee menjadi pilihan saya adalah kerana ia dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif.

Fitosterol tumbuhan yang digunakan juga telah diuji secara klinikal dapat merendahkan paras kolestrol LDL kolesterol. Yang paling penting ianya tidak mengandungi pengawet, perwarna tiruan dan juga pemanis tiruan.




Wednesday, 3 May 2017

Stabilkan Hormon dengan Kolagen Shaklee

with 0 Comment
Hormon yang stabil amat penting dalam memastikan mekanisma dalam badan kita berfungsi dengan baik.

Kehadiran kolagen amat penting bagi membantu menstabilkan hormon insulin,kortisol, estrogen, testosteron, DHEA, melatonin, progesterone malahan juga hormon tumbesaran manusia.

Setiap hormon ini mempunyai fungsi yang tersendiri, gangguan pada setiap hormon akan menimbulkan kekacauan pada tubuh.

Kestabilan hormon bukan saja penting untuk kaum wanita tetapi juga buat kaum lelaki.

Jika anda mengalami masalah berkaitan hormon, pastikan mengambil Kolagen Shaklee sebagai suplemen untuk hormon anda.

wasap #@013-4164992 (Eja Abu Bakar) untuk dapatkan kolagen anda.

#pengedarshakleetaiping
#codtaiping
#collagen


Wednesday, 14 December 2016

Kisah Magik Dalam Perniagaan

with 0 Comment

Selalu terbaca kisah-kisah magik antaranya bagaimana seorang lelaki yang hanya tinggal rm10, mempunyai wife yg sedang pregnant dan mengidam nak makan nasi ayam.

Dalam masa yang sama motor yang dipakai untuk berulang alik pergi kerja hampir kehabisan petrol.

Kemudian berjumpa pula seorang ibu yang tak mampu membelikan roti untuk anaknya dan tanpa berfikir panjang dia membelikan roti untuk ibu dan anak itu.

Kini baki duitnya cuma cukup untuk samada membelikan nasi ayam buat wife atau isi petrol motor untuk bekerja.

Dalam keadaan bertawakal pada Nya, beliau terserempak dengan seorang pak cik yang tayar keretanya pancit ditepi jalan.

Dengan ikhlas hati dia membantu tanpa mengharapkan balasan. Tapi pak cik tu tetap berkeras nak juga berikan hadiah dan menghulurkan sampul.

Dalam keadaan terkejut dia melihat isi dalam sampul mengandungi Rm100 dan kini dia mampu untuk membelikan nasi ayam buat wife dan isi petrol motornya. Malah mempunyai baki untuk beberapa hari berikutnya.

Magik kan ... bila kita menyerahkan segala urusan kita pada Nya dan memudahkan urusan orang lain Allah pasti akan bantu kita.
.......

Itu kisah orang, akak pun pernah mengalami kisah magik ni. Bukan sekali tapi berulang-ulang kali.

Salah satunya, masa hujung tahun lepas sewaktu akak balik kg.

Bagi kita yang berbiz online ni dua benda paling penting ni kena ada yakni hp dan line internet. Bila salah satu tak de mulalah kita macam cacing kepanasan kan.

Inilah yang akak alami.. kat kg akak tak de line tenet 😢. Memang tak senang duduk dibuatnya. Kalau nak line tenet kena ke pekan.

Pekan pulak bukannya dekat.. 1/2 jam dari rumah.. dalam masa seminggu kat kg akak cuma mampu bertawakal dan berdoa agar kalau ada customer yang nak order barang akan tunggu akak reply.

Dalam waktu yang sama jugak akak tetap taip posting iklan tapi taip kat note pad jer lah, so nanti bila keluar ke pekan boleh terus copy paste ke buffer.

Dalam masa seminggu tu memang tak de terima sebarang msg atau dapat buat post di fb.

Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, sampai je ke kawasan yang ada line internet terus berdesup-desup notification masuk.

Antaranya adalah order dari customer yang dah 3 hari lepas. Masa ni memang was-was juga nak reply msg customer sebab dah tiga harikan mungkin dia dah buat order dari orang lain.

Tapi itulah.. kalau dah rezeki kita takkan ke mana. Akak beranikan diri reply msg customer dalam hati ni tak henti-henti berdoa.

Alhamdulillah.. customer ni memang menanti reply dari akak. Katanya ada juga msg kat sid yang lain tapi semua tak berjawab and akaklah seorang yang reply msg dia.
Allah, masa ni dibibir tak henti-henti mengucap syukur pada Nya.

Nikmat apa lagi yang nak didustakan.

Korang ada kisah magik tak?
Meh la share kat komen . Mana tahu boleh jadi inspirasi buat orang lain.

           Your Pro SID
       ~ Eja Abu Bakar~
           013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#codtaiping
#ejajualvivix

Thursday, 17 November 2016

Bisnes yang Membuat Hati Terus Terpikat

with 0 Comment

Masa mula-mula nak buat bisnes shaklee ni bermacam-macam persoalan menjengah di minda.

Dalam jangkaan akak, banyak benda nak kena buat.. nak kena buat poster produk, nak cari info tentang produk, nak cari testimoni produk dan lain-lain lagi lah semuanya bak kena buat sendiri. Terasa berat dan sukar sangat.

Tapi rupanya jangkaan itu meleset. Semuanya berubah setelah kawan akak yang merupakan upline/penaja   kepada akak memasukkan ke dalam fb bisnes group Ireach Family.

Rupanya dalam group bisnes Ireach ni dah disediakan semuanya untuk ahli yang mendaftar dengan susur galur Ireach family.

Dari nota tentang produk sampailah ke poster dan testimoni produk semuanya dah ada. Senang jadinya dah macam jumpa 'lubuk emas'!

Tak cukup dengan itu, cara menjalankan bisnes dan kelas-kelas online dan offline untuk membina bisnes dan mengukuhkan lagi bisnes turut dikongsikan oleh founder Ireach Family.

Tak pernah lah lagi akak jumpa group bisnes direct selling yang sebegini banyak perkongsiannya dengan hanya bermodalkan Rm68.90 pendaftaran sebagai ahli.

Dan sebaik saja mendapat no Id shaklee member akak dah layak dapat semua ilmu utk bisnes yang biasanya memerlukan belanja beratus malah ada juga yang beribu  ringgit secara PERCUMA.

Tapi dengan syarat kena mendaftar dengan susur galur Ireach Family lah... kalau susur galur yg lain tak akak tak pasti.

Sebab itu, jika nak berbiz shaklee kena pastikan yg penaja kita adalah dari group yang aktif dan dapat membantu serta membimbing agar kita tidak tersasar... macam group akak 😉

Memang fall in love lah dan bertambah semangat nak buat bisnes shaklee ni.

Sebenarnya, semenjak terlibat dengan bisnes shaklee ni rasanya rakan akak semakin bertambah kalau dulu mungkin cuma 4-5 orang jer yang kamching... tapi sekarang wasap tu sampai ke tengah malam pun masih berbunyi.😁😁

Lagi satu yang paling bermakna buat akak, bisnes ni bukan sahaja merapatkan lagi ukhwah sesama kami, tapi ia juga mengajar erti berserah dan bertawakal pada yang Esa.

Dalam bisnes shaklee ni ada satu perkara yang sangat dekat di hati dan sangat berharga buat kami sebagai pengedar Shaklee.(SID)

Bila mana customer memberi feedback yang produk diambil menunjukkan perubahan kesan positif terhadap kesihatan mereka dengan izin Nya.

Masalah penyakit yang di alami semakin sembuh dan kesihatan mereka juga semakin bertambah baik. Mereka juga dapat merasakan keadaan tubuh kembali bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Korang masih tercari-cari group bisnes yang aktif? Register jer jadi member shaklee dengan akak yang dah sah-sah dari susur galur iReach Family. Group yang sangat aktif dan most of us buat biz shaklee ni melalui medium online.

Meh wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)  details korang untuk menjadi member shaklee dibawah naungan iReach Family.

     Your Pro SID
~  Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping

Tiada Lagi Kain Bau Hapak Pada Musim Hujan

with 0 Comment

Musim hujan ni paling tak best bila kain yang kita sidai lambat kering atau tak kering langsung akan jadi bau hapak kan. Nak pakai pun tak selesa bau menusuk hidung.

Betul tak? Kadang anak-anak atau suami complaint kenapa bau busuk baju ni?

Haaa mak-mak sure stress kan.

Meh akak nak tolong mak-mak kat luar sana tak nak bagi bau hapak melekat kat baju musim hujan ni.

Akak guna pencuci baju  freshlaundry dan pelembut baju softfabric jenama Get Clean Shaklee.

Sure puas hati. Kalau lambat sidai baju pun baju tak bau hapak. Memang berbaloi la guna set ni. Tambah-tambah musim hujan ni baju tak kering kalau sidai kat ampaian.

Ramai yang berkunjung ke dobi untuk keringkan kain. Bersusun orang bakal beratur panjang tunggu turn mesin pengering. Termasuk la kami sendiri..heheeee

Sape yang nak try set getclean ni boleh wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Dengan Vivix dan Phytocol ST Keadaan Suami Selepas Mild Strok Semakin Baik

with 0 Comment

Masih ingat lagi, hujung tahun 2013 En.Suami admit ward kerana diserang mild strok. 

Itulah buat pertama kalinya En.suami masuk ward selepas kami berkahwin.

Hasil dari pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku pada bahagian otak kiri En.suami.
Mujur En.suami telah mendapat rawatan 1st aid dan cepat ke hospital maka doktor dapat memberikan ubat pencair darah dan mengurangkan kesan sampingan serangan strok.

Mengikut kata doktor, En.suami mendapat serangan akibat kadar kolestrol yang tinggi dalam darah dan ditambah dengan stress bekerja.

Tapi tu lah memang tak menjangka yang En.Suami mempunyai kolestrol tinggi sebab badan dia kurus ja. Betullah yang orang kurus tak semestinya kadar kolestrolnya rendah.

Alhamdulillah selepas 3 hari di tahan ward En.suami menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan untuk discharge.

Bagi memastikan tahap kolestrol En.suami turun dan terkawal, akak menghadiahkan sebotol Phytocol st untuknya. Itulah hadiah suplemen pertama yang pernah akak beri sebagai tanda kasih dan message yang en.Suami kena kontrol makan 😁😁.

Vivix juga turut menjadi hadiah istimewa agar en.suami cepat sembuh dan bertenaga serta mampu untuk menjalankan tugasnya seperti biasa.

Vivix juga dapat membantu dalam memperbaiki saraf dan otot yang telah terenjat semasa serangan strok berlaku. Selain itu ia juga turut membantu dalam meningkatkan semula memori yang terganggu.

Sekarang ni, En.suami sudah mampu untuk bertutur dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Dan masih lagi meneruskan mengambil suplemen walaupun kengkadang tu culas jugak.

Bagi kenalan di luar sana, jangan lokek hadiahkan suplemen untuk insan tersayang.

Siapa tahu dengan hadiah yang kita rasa tak seberapa tapi mampu memberi perubahan yang besar buat mereka.

Jika ingin mengawal paras kolestrol dalam darah Phytocol St adalah pilihan yang tepat... dan VIvix pilihan yang bijak bagi mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh sehingga ke molekul DNA tubuh.

Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar) untuk mendapatkan suplemen dan konsultansi percuma.

   Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar~
   013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#thebestone
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#taiping

Thursday, 10 November 2016

Tips Hilangkan Gatal-Gatal Secara Semulajadi Dengan Baking Soda

with 0 Comment

《 BAKING SODA 》

Baking soda satu nama yang sangat glemer di kalangan bakers.. tanpa baking soda maka tak naik lah kek.. 😁

Selain dari guna untuk buat kek.. ni akak nak share yang baking soda juga boleh di gunakan sebagai bahan yang boleh digunakan bagi merawat kesan gatal terutamanya disebabkan oleh alergik.

Anak akak elisya ada alergik pada beberapa jenis makanan.. kengkadang terlepas pandang termakan makanan yang boleh trigger alergik pada dia maka habis satu badan naik bintik-bintik merah dan gatal-gatal.

Biasanya kalau jadi macam ni akak akan sapukan herbal blend dan bagi dia makan omega Guard bagi mengurangkan kesan gatal dan keradangan disebabkan alahan tu.

Tapi, dalam kes kecemasan bila kehabisan stok Omega Guard dan Herbal blend ... baking soda adalah penyelamat.

Baking soda ni sebenarnya adalah ubat semulajadi yang sering digunakan untuk merawat kegatalan terutamanya akibat alahan.

Dalam baking soda ni mengandungi agen anti-radang yang dapat mengurangkan keradangan dan rasa gatal-gatal.

Caranya mudah sama ada digunakan sebagai mandian atau pun dijadikan pes dan sapukan pada tempat gatal.

Untuk mandian :
Tambahkan 1/2 cawan - 1 cawan baking soda ke dalam air mandian yang suam. Kacau sebati dan berendam dalam air tersebut lebih kurang 20 - 30 minit.

Atau pun

Sebagai pes:
Ambil 2 sudu besar baking soda dan tambahkan sedikit air suam ke dalam mangkuk kecil sehingga menjadi pes.

Kemudian sapukan pes pada tempat yang gatal. Biarkan selama lebih kurang 10 minit dan bilas dengan air suam.

Kedua-dua cara ni boleh di lakukan sehari sekali atau kalau dah merenyam sangat boleh lah buat ikut keperluan 😊.

Semoga sedikit sharing akak ni dapat membantu di gunakan dalam  kecemasan.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
   013 - 416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#tips #hilangkangatal

Wednesday, 9 November 2016

Betul ke Detox Untuk Kurus?

with 0 Comment

"Kau buat detox? Biar betul... kau kan dah kurus buat apa lagi nak detox?"

Oppss..

Itulah masalahnya... "salah faham" yang sangat memberi impak besar dalam masyarakat kita.

Perkataan "detox" selalu di salah erti sebagai proses untuk mengurangkan berat badan aka kurus.

Walhal detox adalah satu proses untuk merehatkan, membersihkan dan menjana semula tubuh dari dalam secara keseluruhannya. Dengan menyah keluar dan menghapuskan segala bentuk anasir toksin dari badan dan seterusnya mengisi semula badan dengan nutrien yang sihat.

Dengan Melakukan detox dapat melindungi kita dari mendapat penyakit dan meningkatkan semula tahap kesihatan kita dengan lebih baik.

Seharusnya, detox perlu dilakukan oleh setiap dari kita sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun, memandangkan keadaan persekitaran kita yang dipenuhi dengan toksik dan di tambah dengan tabiat pemakanan kita yang kurang sihat; melakukan detox adalah sesuatu yang perlu di beri perhatian dan dilaksanakan.

Pun begitu bagi ibu hamil atau menyusu, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan kanser perlulah mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum melakukan detox.

《 Macam Mana Nak Mula Detox? 》

Sebagai langkah pertama, KURANGkan TOKSIK.

Elakkan pengambilan kaffein, rokok, gula dan saturated fat  dimana semua ini adalah merupakan  toksin yang akan menggangu proses membaik pulih tubuh kita.

Minimakan penggunaan produk penjagaan rumah yang berunsurkan bahan kimia dan juga produk penjagaan diri seperti syampo, sabun, deoderant dan ubat gigi yang mempunyai bahan kimia dengan menggantikannya kepada produk yang berasaskan semulajadi.

Satu lagi halangan bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah STRESS di mana bila berlaku stress sejenis hormon adrenaline akan dikeluarkan oleh tubuh which is GOOD tetapi jika terlalu banyak hormon ini dibebaskan ia akan menjadi toksik dan memperlahankan tindakan enzim detox pada hati.

Solat, yoga, qigong atau bermeditasi adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk menghilangkan stress.

《DETOX BAGAIMANA YANG SESUAI》

Terdapat pelbagai jenis program detox dan juga resepi detox bergantung kepada keperluan setiap individu.

Kebanyakan program detox mengambil masa 7 hari ini disebabkan badan memerlukan masa untuk membersihkan darah dalam tubuh begitu juga dengan program Detox Shaklee Way.

Dalam program ini disertakan meal plan detox lengkap yang disediakan dengan rapi oleh pakar nutrisi shaklee dan juga panduan untuk meneruskan detox dalam kehidupan harian dengan bantuan suplemen dan mempraktikkan cara hidup yang sihat.

Yang bestnya buat detox ni, walaupun tujuan detox adalah untuk menjaga kesihatan badan tapi secara tak lansung kita akan mendapat badan yang kurus langsing dan kulit yang lebih glowing kesan daripada eat clean yang diamalkan semasa program.

Best kan.

Nak tahu lebih lanjut tentang DETOX? Perlukan guide untuk DETOX yang betul? Wasap akak @ 013-416 4992 ( Eja Abu Bakar) rakan detox anda.

     Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#TheBestOne
#pengedarshakleetaiping
#detox
#agenshakleetaiping

Sunday, 6 November 2016

Sakit Belakang Yang Disangka Biasa Rupanya Slip Disc Sembuh Dengan Vivix

with 0 Comment

Anda seorang yang aktif bersukan ? Anda sering terjatuh dan alami kecederaan ?

Tapi tak pernah memberi perhatian terhadap kecederaan yang di alami?
Mungkin kisah kawan akak ni akan membuat kita lebih berwaspada.

Kawan akak ni, dulu aktif bersukan. Dah namanya aktif, setakat jatuh tu perkara biasalah kan.

Tapi siapa sangka benda yang disangka biasa tu rupanya menjadi punca terjadinya tulang belakang terkeluar atau slip disc.

Mujur lah, masa dia pergi dapatkan rawatan tu masalah tulang dia belum lagi kronik. Kalau tidak terpaksa lah buat rawatan pembedahan membetulkan semula tulang tu. Kos pembedahan pulak tu bukan murah..mahu puluh ribu.

Vivix lah menjadi ikhtiar untuk mengurangkan kesakitan pada tulang belakang.

Bagi yang mengalami masalah slip disc boleh jadikan Vivix sebagai ikhtiar untuk mengelakkan dari menjadi lebih teruk dan menjalani pembedahan.

Jom kita ikuti kisah kawan akak ni..

" [SLIP DISC & PROLONG PERIOD SEMBUH DENGAN AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.

Saya seorang yang agak aktif  ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami  tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja  saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian  memerlukan saya banyak  keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan  computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.

Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan  ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013  sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan  tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.
.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.
.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya  bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang  khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
.

Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.
.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini  tidak tahu apa  puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.)
.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam
.

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya  alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk  seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh.  Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya. "

Wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar) untuk Vivix anda dan konsultansi Percuma dari akak.

    Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013 - 416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#vivix #slipdisc #tulang
#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Saturday, 5 November 2016

Ikhtiar Ubat Darah Tinggi Dengan Tonik Vivix

with 0 Comment

Dalam dilema?

Ramai di kalangan pesakit darah tinggi mengadu yang mereka terpaksa memakan ubat darah tinggi sepanjang hayat bila dah start makanan ubat darah tinggi.

Kerisauan mereka munasabah sebab ubat darah tinggi akan memberi kesan terhadap kesihatan jantung dan juga saraf. Risiko untuk mendapat penyakit tiga serangkai ( darah tinggi, kencing manis/diabetis dan jantung) juga adalah tinggi.

Vivix adalah ikhtiar yang boleh diusahakan untuk mengawal tekanan darah dan secara beransur-ansur mengurangkan kebergantungan terhadap ubat darah tinggi.

ini adalah perkongsian dari seorang suami kepada pesakit darah tinggi kronik.

Perubahan kesihatan isterinya yang sangat ketara selepas mengambil Vivix dapat dilihat bila isterinya tak lagi mengalami masalah pening dan sudah mampu untuk menaiki tangga tanpa rasa letih dan mengah.

Berita gembiranya sekarang isterinya dah tak lagi bergantung pada ubat darah tinggi bagi menjalani aktiviti harian.

Vivix adalah tonik semulajadi yang dapat membantu mengawal tekanan darah sebagai ikhtiar untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan bukan nya ubat.

Akak sekadar berkongsi kebaikan dan pengetahuan yang ada bagi membantu mereka yang mencari ikhtiar untuk mengurangkan kebergantungan kepada ubat darah tinggi.

Jika berminat ingin menggunakan tonik Vivix sebagai ikhtiar jangan malu dan segan untuk wasap @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Your Pro SID
~ Eja Abu Bakar ~
    013-416 4992

#pengedarshakleetaiping
#agenshakleetaiping
#codtaiping
#vivix #darahtinggi #hypertension

Saturday, 29 October 2016

Kesan Memakai Inai Ada Bahan Kimia Sehingga Terpaksa Potong Tangan

with 0 Comment

Aduhaiii... ngeriiinyaa.

Bahana memakai henna yang tak pasti asal usulnya sehinggakan tangan jadi melepuh dan terpaksa dipotong akibat infection bahan kimia yang terkandung dalam penghasilan henna tu.

Tak pasal-pasal jer dapat penyakit. Kalau akak dulu-dulu nak pakai inai aka henna masa nak kawen dulu jenuh nak cari pokok inai lepas tu kena tumbuk lagi bagi lumat. Dah tu pakai pulak kalau nak merah kena pakai semalaman ada jugak yg kata letak asam jawa sikit nak bagi lagi merah benderang. Inai asli original lagi!

Bukan macam inai yang banyak ada dipasaran sekarang ni dan boleh dapat dalam satu kon lebih kurang Rm5 kot.. pakai tak sampai satu jam dah dapat kesan merah benderang.. tak pelik ka? Rupanya inai ni dah dicampur dengan bahan kimia merbahaya.. no wonderlah kesan dia cepat!

Ini kira nasib baiklah inai ni kita pakai kat luar boleh nampak side effect dia terus dengan mata kasar tapi kalau macam kes makan suplemen macam mana kita nak tahu ada bad side efek atau tak? Benda dalam badan mana nak nampak kan.

Sebab tu lah Shaklee buat Landmarkstudy. Bukan saja untuk nak tahu suplement shaklee ni betul-betul berkesan atau tak tapi juga untuk nak tahu kesan pengambilan suplement terutamanya suplemen shaklee untuk jangka masa yang panjang.

Kebanyakan kajian yang dilakukan oleh syarikat pengeluar suplemen adalah berdasarkan hanya pada penggunaan satu jenis produk suplemen dan untuk penggunaan jangkamasa pendek sahaja.

Tapi, shaklee melakukan kajian terhadap pengguna yang mengambil beberapa jenis produk dalam satu masa dan pengambilan yg konsisten untuk tempoh jangkamasa yang lama iaitu selama 20 tahun.

Yealah, reality nya pun kita akan ambil pelbagai jenis suplemen kan dalam satu masa. Suplemen untuk tulang, untuk keradangan macam gout, untuk energy booster dan pelbagai lagi lah itu belum masuk lagi untuk kulit licin dan glowing.

Dan penyakit pun biasanya bukan sehari dua terus tunjuk simptom dia. Macam sakit buah pinggang atau pun kencing manis... selepas 30 tahun kita makan benda manis-manis baru tahu yang punca makan gula banyak tulah yang menyebabkan penyakit kencing manis ni.

Lagi satu cara hidup dan pemakanan seharian kita juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan kita.
Kadang kala pengambilan nutrisi yang tidak sihat dan cara hidup kita yang kurang melakukan senaman dan sering mengambil makanan segera serta tinggi trans fat turut menjadi faktor utama wujudnya penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan pelbagai lagi.

Atas kesedaran itu lah Shaklee menjalankan landmark study kepada pengguna suplemen yang telah mengambil suplemen selama 20 tahun secara konsisten.

Dan memang mengejutkan hasil dari kajian menunjukkan yang pengguna suplemen merupakan orang paling ramai mendapat penyakit jantung, diabetis dan darah tinggi kecuali pengguna suplemen Shaklee yang telah menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.

Ini adalah kerana kebanyakan suplemen yang berada dipasaran mempunyai bahan kimia dan merupakan 'bom jangka' yang kita sendiri masukkan ke dalam badan kita.

Cuma bezanya dengan kes Inai adalah kesan buruknya boleh nampak dengan mata kasar dan dalam tempoh yang singkat tapi apa yang berlaku dalam tubuh kita tak boleh nampak serta simptomnya pulak hanya akan kelihatan selepas 10-30 tahun.

Kesimpulannya, bila kita hendak menggunakan atau memakan sesuatu pastikan dulu keasliannya. Pastikan ianya betul-betul semulajadi dan tak membawa bahaya pada tubuh kita.

Dan jika mencari-cari suplemen yang semulajadi dan terjamin keberkesanannya serta selamat untuk penggunaan jangkamasa yang panjang akak sarankan Shaklee kerana ia dah terbukti dengan kajian yang dijalankan ke atas manusia... bukannya tikus!

Tak tahu mana nak cari produk Shaklee? Wasap jer akak @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

  Your SID Pro
~ Eja Abu Bakar ~
   013-416 4992

#tsunamishaklee
#liveamazing
#landmarkstudy
#shakleeffect
#timrock1
#pengedarshakleetaiping
#cintaturbo23
#agenshakleetaiping

Monday, 24 October 2016

Hilang 8 kg Dalam Sebulan, Hanya Dengan Minyak Ikan Omega Guard

with 0 Comment

Tu diaa... hilang 8 kilo dalam sebulan!

Hampa tak mau ka...

Suplemen minyak ikan Omega Guard memang terbukti dapat membakar lemak yang terkumpul dengan berkesan!

Yang bestnya dan yang membezakan minyak ikan Omega Guard dengan pil kurus yang lain adalah benefit dia.

Kalau makan pil kurus, hampa dapat kurus jer la tapi tu pun tak tau la tahan berapa lama kurus tu lepas berhenti makan pil tu.. silap-silap naik 2 kali ganda

Tapiii, kalau hampa ambik suplemen minyak ikan Omega Guard ni, walaupun hampa tak mau kurus terpaksa jugak terima jadi kurus. 

Macam kawan akak ni, dia makan suplemen minyak ikan Omega Guard ni untuk kesihatan jantung dia.. tapi tau-tau berat dia hilang 8 kilo. Orang sekeliling dia pun sibuk duk kata dia semakin kuruih.

Sampai dia kena pi beli seluar baru lah.. tu lah kan siapa suruh ambil suplemen minyak ikan Omega Guard ni.. kan dah terpaksa kurus.

Bestkan tetiba jadi kurus! Bulan Oktober ni boleh borong Omega Guard banyak-banyak sebab ada promosi. Lagi bagus kalau join member kot boleh dapat percuma satu botol vitamin.

Tapiii... ada tapi, kalau hampa nak dapat kesan macam ni kena make sure hampa beli Omega Guard dari SID yg aktif macam akak ni bolehlah akak guide cara makan Omega Guard dengan berkesan.

Bukan apa, bila ambik dengan SID yang tak aktif takut depa tak tau cara makan Omega Guard dengan berkesan. Nanti kalau tak kurus makan Omega Guard jgn salahkan produk pulak.

Wasap akak na @ 013-416 4992 (Eja Abu Bakar)

Your Trusted SID
~ Eja Abu Bakar~
    013-416 4992

#pengedarshakleetaiping
#kurus #omegaguard #codtaiping

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.